Monday, 12 December 2016

Kisah Benar | Saya Telah Diganggu Scammer! Anda Bagaimana?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT kerana dengan perlindungan serta rahmat-Nya saya telah dilindungi daripada penipuan geng scammer. Memang telah kerap kali kita mendengar berita-berita tentang beribu-ribu orang telah menjadi mangsa scammer dan ianya telah melibatkan keriguan berbillion dolar di seluruh dunia.

Apakah yang dimaksudkan dengan Scammer? Kalau mengikut istilah daripada Cambridge Dictionary Online SCAMMER bermaksud : someone who makes money using illegal methods,especially by tricking people.

Ingin saya tegaskan bahawa anda perlu untuk melindungi dan mencegah diri sendiri daripada menjadi mangsa scammer kerana pihak berkuasa di negara kita iaitu Polis DiRaja Malaysia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap scammer walaupun kes telah dilaporkan melainkan ianya telah melibatkan kerugian kepada pemangsa. Pada pendapat peribadi saya, tiada gunanya lagi jika pihak berkuasa bertindak setelah kejadian berlaku kerana 'Nasi Sudah Menjadi Bubur'. Ya, memang benar saya tidak mengalami sebarang kerugian, namun membiarkan penjenayah terus menggunakan talian komunikasi yang sama dan bebas bertukar-tukar wajah profil dengan menggunakan gambar-gambar individu yang berlainan tanpa dicegah oleh pihak yang berkuasa merupakah sesuatu yang tidak wajar. Jenayah siber melalui kaedah scammer ini sudah menjadi suatu ancaman yang besar terhadap para peniaga online dan ianya telah melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit di Malaysia. Tidak semua pengguna peka dan sensitif terhadap isu ini dan tidak mustahil setiap hari ada sahaja pengguna yang terpedaya dan tertipu dengan teknik dan tektik yang dilakukan oleh si scammer.


Sengaja saya kongsikan kisah benar yang terjadi kepada diri saya ini, mudah-mudahan rakan-rakan di alam maya saya menjadi lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kepada scammer ini. Kisahnya bermula begini ;

Pada 10hb Disember, 2016 lebih kurang jam 3.30 pagi saya telah menerima whatsapp daripada nombor +1 (614) 526-4408 bertanyakan tentang sebuah novel terpakai yang telah saya iklankan untuk dijual berjudul "Kasih Sedingin Salju" tentang harga dan kos penghantaran ke Kedah. Novel ini telah saya iklankan melalui laman Facebook dan Mudah.my dengan harga jualan sebanyak RM10 dan Caj Kurier sebanyak RM10.00 bagi Semenanjung Malaysia. Saya pun memberikan jawapan yang sama sepertimana yang diiklankan. Seterusnya senyap, tiada sebarang komunikasi sehingga pada jam kira-kira 6.40 petang, saya telah menerima whatsapp daripada individu yang sama bertanyakan hal yang sama dan saya pun menjawab maklumat yang sama. Selepas beberapa minit beliau meminta nombor akaun bank dan email saya untuk tujuan memasukkan pembayaran dan menghantar slip bayaran. Saya pun memberikan maklumat sepertimana yang diminta dan selang beberapa minit beliau menyatakan bahawa pembayaran telah dipindahkan ke akaun maybank saya (transfer) dan meminta saya semak email dan akaun. Apabila saya menyemak email, terdapat satu slip transfer order daripada Bank Of America berjumlah RM500.00 dan berstatus 'approved' but 'pending'. Saya turut menyemak akaun bank saya namun tiada sebarang transaksi tunai ataupun yang berstatus 'hold' yang telah masuk. Selang beberapa minit beliau telah memberitahu bahawa mengikut prosedur bank of america tidak boleh transfer wang berjumlah RM20 dan amaun minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM500. Justeru beliau meminta saya untuk membuat pengembalian 'Overpaid' sebanyak RM480 sekarang!, dengan alasan wang tersebut telah ditolak daripada akaun beliau dan amat memerlukan lebihan tersebut untuk membayar urusan lain. Saya menegaskan bahawa saya tidak boleh memulangkan 'lebihan' yang didakwa melainkan telah benar-benar dikreditkan kedalam akaun tersebut. Beliau pun membalas dengan mengatakan insya allah akan reflect RM500 ke dalam akaun saya dengan syarat saya memulangkan semula RM480 tersebut. Seterusnya beliau berterusan mengganggu saya setiap minit melalui whatsapp meminta-minta wang berkenaan. Saya cuba menghubungi beliau melalui panggilan, diangkat namun tidak dijawab, oleh itu suaranya tidak dapat didengari untuk dipastikan bangsa dan jantina pelakunya. Saya sangat pasti ini merupakan suatu teknik penipuan berdasarkan cerita-cerita yang saya pernah tonton sebelum ini daripada kisah-kisah jenayah online di televisyen negara jiran Singapura. Saya pun menulis satu whatsapp yang menyatakan bahawa saya sekarang dalam perjalanan ke Balai Polis untuk membuat laporan berkenaan transaksi ini dan jika benar-benar berlaku, saya bersedia memulangkan lebihan tersebut.


Saya memang benar-benar telah pergi membuat laporan polis di atas kejadian ini bagi tujuan sebagai 'covering' untuk diri saya. Sebagaimana yang saya telah nyatakan diawal-awal tadi, pihak polis hanya menerima laporan daripada saya namun tiada apa-apa tindakan yang dibuat terhadap scammer ini. Oleh itu berdasarkan apa yang berlaku, saya memutuskan untuk membuat tulisan ini di blog saya. Mudah-mudahan ianya boleh dibuat hebahan dan menjadi maklumat supaya pengguna dan peniaga online khasnya supaya mengambil tindakan proaktif bagi menyelamatkan dan mencegah diri kita sendiri daripada ancaman para scammer. Perniagaan online memang berisiko kerana penjual dan pembeli tidak bertemu secara bersemuka namun ini adalah ikhtiar juga dalam dunia perniagaan terkini dan sebab-sebab ini tidak akan menjatuhkan semangat atau inspirasi saya dan para sahabat yang lain untuk terus melakukan jualan secara online kerana ini merupakan suatu trend pada masa kini dan pasti menjadi keutamaan bagi cara berniaga di masa akan datang.

Sekian.


Saturday, 26 November 2016

Apa itu Diet Seimbang? | Faedahnya kepada Kesihatan

Apa itu Diet Seimbang?

APABILA disebut berkenaan keperluan kepada penyediaan diet seimbang, sebenarnya setiap orang di seluruh dunia tetap mempunyai keperluan diet yang sama. Walaupun mungkin lokasi geografi, warna kulit dan bentuk tubuh badan yang berbeza namun penyediaan makanan yang betul perlu dididik dan difahami bagi menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat.

Dengan kata lain, penyediaan makanan yang kurang betul akan mengakibatkan KEKURANGAN ZAT MAKANAN walaupun kita BANYAK makan! Piramid diet sihat boleh dijadikan panduan memilih apa yang perlu dimakan setiap hari kerana ianya merangkumi empat kumpulan makanan utama. Makanan perlu diambil banyak daripada tapak piramid dan lebih sedikit pada bucu piramid. Ini adalah penting bagi memastikan setiap kumpulan makanan dapat memberikan nutrien atau zat yang penting kerana sebarang kekurangan nutrien boleh mengganggu penyerapan nutrien-nutrien lain dan membuatkan sistem dalaman kita tidak seimbang kerana sistem organ kita tidak dapat berfungsi pada kapasiti yang optimum.

PIRAMID DIET SIHAT

Faedah-Faedah mengambil diet yang seimbang:

  1.  Menggalakkan Kesihatan Sel
  2.  Menggalakkan Kesihatan Mata
  3.  Menggalakkan Kesihatan Jantung
  4.  Menggalakkan Kesihatan Tulang dan Sendi
  5.  Menggalakkan Kesihatan Otak


Keperluan kepada makanan yang berkhasiat dan diet seimbang diperlukan oleh setiap individu sejak lahir sehingga dewasa, malah menjadi lebih penting apabila semakin berusia kerana pada usia ini mereka akan mengalami kekurangan sesetengah mineral atau garam galian seperti sodium dan kalsium dalam tubuh. Pengambilan makanan berasaskan protein, karbohidrat, serat, kalsium dan minum lebih banyak cecair dapat menjamin kesihatan dan kecergasan tenaga.

PROTEIN

Protein adalah sebahagian daripada setiap sel dalam badan kita. Ia ditemui di semua bahagian badan kita termasuk kulit, rambut, kuku dan tulang. Protein merupakan bahan asas yang diperlukan dalam sistem imun untuk meningkatkan antibodi melawan jangkitan atau penyakit. Malah ia membaik pulih tisu badan yang rosak. Antara makanan yang berasaskan protein ialah daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.

KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah sumber utama untuk memberi tenaga kepada tubuh manusia dan ia seharusnya diambil setiap hari. Antara makanan yang berasaskan karbohidrat yang disyorkan dan popular buat rakyat Malaysia ialah Nasi, Mi, Buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, keledek, ubi kentang dan pisang.

MULTIVITAMIN DAN MULTIMINERAL

Keseimbangan dalam pengambilan Vitamin dan mineral dapat membantu memberikan perlindungan antioksidan yang luas serta memberikan faedah kesihatan yang optimum. Sebagai contoh vitamin A berfungsi untuk memelihara kesihatan mata manakala vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Radikal bebas adalah sebatian yang terbentuk apabila badan kita menukarkan makanan menjadi tenaga. Ianya wujud dalam persekitaran seperti dari asap rokok, pencemaran udara malah dari sinar UV matahari. Vitamin A dan C boleh diperolehi daripada buah oren, lobak dan pelbagai sayuran hijau manakala zink boleh diperolehi daripada daging merah tanpa lemak.

SERAT

Pengambilan serat dapat membantu mengelakkan sembelit dan juga mengurangkan risiko lebihan kolestrol dalam darah. Ianya wajar diambil setiap hari kerana mudah diperolehi seperti pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau dan makanan bijirin.

KALSIUM

Pengambilan Kalsium amat penting untuk membantu mengatasi masalah pereputan tulang atau osteoporosis. Sumber makanan yang kaya kalsium ialah produk berasaskan tenusu, ikan sardin, ikan bilis (buang kepala kerana kolestrol tinggi), kurma, kismis dan susu rendah lemak.

MINUM AIR

Sebaik-baiknya dipastikan meminum enam hingga lapan gelas air sehari bagi membantu buah pinggang menyingkirkan lebihan toksik dalam badan. Kurangkan atau elakkan pengambilan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Hadkan pengambilan minuman berasaskan susu hanya 1-2 hidangan dan minuman jus hanya satu gelas kecil sehari.

PINGGAN MAKAN SIHAT
Sumber : Harvard School of Public Health


GABUNGKAN MAKANAN YANG SEIMBANG DENGAN SENAMAN YANG KONSISTEN SETIAP HARI UNTUK KESIHATAN YANG BAIK SEPANJANG MASA! INSYA ALLAH ANDA BOLEH LAKUKAN









Sunday, 20 November 2016

Minyak Herba Asmak - Penawar Asma Pada Bayi

Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Minyak Herba Asmak
Keluaran : Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB)
Harga : RM39 sebotol

Penawar Ajaib Telah Tiba!

Minyak Herba Asmak kini berwajah baru dengan Teknologi Nano. Satu revolusi hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan badan dengan hanya satu sapuan!
Tiada yang paling indah bagi seseorang ibu melainkan memiliki anak dan keluarga yang sihat. Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang untuk melakukan tugasan harian dengan sempurna, sekali gus menjadikan kehidupan kita lebih bermakna dan cemerlang.

Bagaimanapun, apabila kesihatan tidak mengizinkan, contohnya apabila dengan tiba-tiba anak kita mengalami asma, sudah pasti jiwa kita tertekan dan fikiran menjadi runsing kerana memikirkan pelbagai kemungkinan penyakit yang dihidapi akan menjadi semakin bertambah teruk.

Sebagaimana lazimnya, langkah pencegahan awal bagi memastikan penyakit tidak menjadi semakin serius adalah dengan mendapatkan rawatan awal melalui kaedah penggunaan bahan sapuan luaran seperti minyak dan krim, serta pengambilan ubat-ubatan dan herba tradisional.

Minyak Herba Asmak adalah sebuah revolusi dalam perawatan tradisional dengan penggunaan teknologi nano dan telah menjalani berbagai ujian R&D. Kemunculannya di pasaran memang ditunggu-tunggu kerana ia sangat membantu untuk merawat dan melegakan asma, semput, lelah, batuk, kahak dan selsema dengan cepat.


Malah penggunaan Minyak Herba Asmak ini telah terbukti berkesan dan mujarab dalam membantu berpuluh ribu orang dalam situasi penyakit yang berbeza!

"Cara penggunaannya amat mudah, efektif dan selamat kepada kulit tubuh. Rahsia herba dan teknologi yang digunakan ini benar-benar memberi kesan yang efektif untuk melegakan dan menjadi penawar asma saya," - Nor Asmah Abdullah, Surirumah, Johor Bahru

Asma merupakan masalah biasa yang dihidapi oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan pernafasan. Ada kalanya didahului oleh gejala selsema, batuk, lelah dan semput. Kehadirannya boleh berlaku bila-bila masa kepada semua peringkat umur tanpa mengira tua dan muda. Mari kita tonton video dibawah ini berkenaan petanda awal penyakit asma.


Tanpa menggunakan kaedah suntikan atau menelan ubat-ubatan, Minyak Herba Asmak sangat mujarab sebagai penawar asma pada bayi dan orang dewasa, juga memberi kelegaan kepada masalah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan pernafasan dengan hanya membuat sapuan di bahagian tertentu pada tubuh seperti yang disyorkan.

Pengguna hanya perlu membuat sesi sapuan yang mengambil masa hanya 5 minit serta perlu diamalkan setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur hingga pulih. Dengan izin Allah SWT, dengan penggunaan hanya sebotol anda sudah boleh merasai keberkesanannya!

Minyak Herba Asmak ini berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan. Penggunaannya sesuai untuk semua peringkat umur dari BAYI hingga WARGA EMAS.

penawar asma pada bayi
Minyak Herba Asmak
Penawar Asma pada bayi

Kelebihan-kelebihan Minyak Herba Asmak :-

1) Minyak Herba Asmak mempunyai kelebihan untuk membantu merawat dan melegakan asma, semput, lelah, batuk, kahak dan selsema dengan cepat.

2) Membantu menghilangkan sakit gusi, sakit kepala, senggugut, migrain, resdung, sembelit dan melancarkan peredaran darah.

3) Boleh digunakan untuk luka, gatal, terkena api, lenguh dan bengkak. Pesakit strok juga ada yang telah pulih menggunakan minyak asmak ini.

Panduan Penggunaan :-

1) Sapu di leher dan ke dada, ke tengkuk dan ke belakang badan setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur hingga pulih.

2) Cara yang lebih teperinci akan diberikan dan dibimbing oleh pihak syarikat bergantung kepada jenis masalah dan tahap kritikal penyakit yang dihadapi.

Menurut jurucakap Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) berkata, "Kami mengambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat."

Tambah beliau lagi, "kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat, lebih suci, tidak 'overdose' bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi. Kami memberi jaminan kesucian dan keselamatan produk kepada pengguna."

Pengguna diminta berhati-hati kepada produk yang tidak tulen, justeru adalah dinasihatkan mendapatkan minyak asmak ini dari pengedar sah yang mempunyai ID dari syarikat MHAMSB. Sehingga kini terdapat 1,300 orang pengedar minyak herba asmak di seluruh negara.

Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
Minyak Herba Asmak
Keluaran : Syarikat Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
PASTIKAN PRODUK YANG TULEN!

Setiap rumah perlu ada Minyak Herba Asmak kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Untuk apa berhabis ribuan ringgit sekiranya masalah itu boleh diselesaikan dengan hanya RM39! Tidak perlu ragu untuk mencuba kerana keberkesanannya telah nyata terbukti.

Cubalah Minyak Herba Asmak sekarang!

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus:

Hotline HQ : 019-9708897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page : Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ :
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Youtube :
https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag

minyak asmak
Promosi Pakej Menjadi Agen
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd


"Minyak Herba Asmak mesti dimiliki oleh setiap keluarga. |1 Rumah 1 MHAM|"

Selamat Mencuba!

# Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
# Minyak Herba Asmak
# penawar asma pada bayi
# penawar asma
# minyak asmak

Bedak Asmak
Minyak Herba Asmak & Bedak Asmak
RAHSIA HERBA ................... PILIHAN MUJARAB.

Tuesday, 8 November 2016

Panduan Ketika Mengalami Kemalangan - Perkara Yang Perlu Di Lakukan


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Tidak dapat dinafikan bahawa pada setiap kejadian kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan atau lebih, satu situasi panik akan berlaku di mana ianya mungkin membabitkan kecederaan atau kematian kepada mangsa yang terbabit dan sudah pasti terdapat kerosakan yang timbul kepada kenderaan dan objek lain di atas jalanraya.

Walau bagaimanapun situasi yang panik itu perlu dikawal kerana terdapat perkara-perkara lain yang harus diambil tindakan selepas sesuatu kemalangan berlaku. Perkara-perkara tersebut adalah ;

1. Bertenang dan elakkan pertengkaran atau pergaduhan.

2. Dapatkan maklumat berikut:-

  • No. pendaftaran, jenis dan model kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan tersebut.
  • Nama pihak ketiga dan nama penanggung insurans kenderaan mereka.
  • Nama dan alamat saksi, jika ada.
  • Tahap kerosakan atau kecederaan yang dialami oleh semua pihak yang terlibat.
3. Hubungi Pusat Bantuan Kemalangan atau Kerosakan penanggung insurans masing-masing. Khidmat ini disediakan 24 jam. Sila nyatakan:
  • Butir-butir peribadi anda
  • Nombor yang mudah dihubungi
  • Butir-butir kenderaan anda
  • Jenis Panggilan (Kemalangan/Kerosakan/Pertanyaan)
  • Butir-butir kejadian atau pertanyaan
4. Jangan memberikan sebarang kebenaran untuk menunda kenderaan anda selain dari yang di panggil oleh pusat bantuan talian 24 jam anda. (Pusat bantuan akan memberi anda nama syarikat yang akan menunda kenderaan anda)

5. Jangan membuat sebarang akuan kesalahan atau tawaran gantirugi kepada mana-mana pihak yang terbabit, kerana ianya bertentangan dengan peraturan polisi. Anda boleh menasihatkan pihak tersebut untuk berhubung dengan penginsurans.

6. Buat laporan Polis dalam masa 24 jam.

7. Anda dimestikan menghubungi syarikat penanggung insurans anda (walaupun anda tidak berhajat untuk mengemukakan tuntutan) untuk melindungi anda dan pihak penanggung insurans anda dari sebarang tuntutan yang mungkin timbul ekoran dari kemalangan tersebut.

8. Pusat bantuan akan menghantar maklumat ringkas kepada bahagian tuntutan syarikat penanggung insurans anda. Bagaimanapun anda dinasihatkan menghubungi bahagian tuntutan bagi menyemak status tuntutan anda.


NOTA: Adalah menjadi salah satu syarat polisi yang mana setiap kejadian kemalangan hendaklah dilapurkan kepada syarikat penanggung insurans di dalam jangkawaktu yang munasabah. Sekiranya anda gagal untuk berbuat demikian anda dianggap sebagai melanggar syarat polisi dan dengan demikian syarikat penanggung insurans berhak untuk menafikan sebarang tuntutan yang bersabit dengan kemalangan tersebut atau menuntut kembali sebarang bayaran yang telah dibuat.



Monday, 7 November 2016

Panduan Agihan Faraid Buat Waris-Tertib 8 perkara perlu dilaksanakan!


 

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera!

Wajarkah kita membuat agihan harta pusaka dengan mendahulukan Faraid tanpa melaksanakan pesanan si mati?

Apa yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini adalah seringkali mendahulukan pengagihan harta pusaka secara faraid kepada para waris dengan mengabaikan segala pesanan dan hak-hak si mati. Perlu diingatkan bahawa pengagihan harta pusaka sepatutnya tidak dilakukan dahulu sebelum hak-hak dan wasiat si mati ditunaikan mengikut Tertib 8 perkara.

8 perkara yang disusun mengikut tertib adalah ;



  1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
  2. Perbelanjaan Pengurusan Harta Pusaka
  3. Hutang Si Mati kepada Allah SWT (Zakat, Fidyah, Kafarah, Haji)
  4. Hutang Si Mati kepada Institusi (Bank, PTPTN, Saman Polis/JPJ dan lain-lain)
  5. Hutang Si Mati kepada Manusia
  6. Harta Sepencarian (50% kepada pasangan)
  7. Hak Wasiat tidak melebihi 1/3 (Jariah, Wakaf, Sedekah, Hibah)
  8. Pembahagian Faraid (Baki selepas ditolak 7 perkara di atas)
Jika diperhatikan kepada senario di atas, kedudukan Faraid pada tempat ke-lapan, sedangkan waris si mati seringkali meletakkan pembahagian faraid pada kedudukan pertama. Oleh yang demikian, apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan pesanan-pesanan dan hak-hak waris terpelihara?

Tidak dapat dinafikan penggunaan instruumen menulis Surat Wasiat merupakan jalan penyelesaian yang paling terbaik dan adil buat semua waris kerana didalamnya pembuat wasiat boleh meninggalkan pesanan-pesanannya dalam bentuk bertulis agar Penjaga Amanah (WASI) yang dilantik boleh melaksanakan tertib yang 8 dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya.

Penjaga Amanah (WASI) boleh dilantik dari kalangan mereka-mereka yang berikut;
  1. Individu yang berumur lebih 18 tahun dan diyakini amanah dan adil
  2. Peguam-peguam Syariah
  3. Syarikat-Syarikat penyedia produk Wasiat, Hibah dan Amanah seperti AmanahRaya, MyAngkasa Amanah, As-Salihin Trustee dan lain lain.
Bagaimanapun adalah dinasihatkan Penjaga Amanah (WASI) adalah dari kalangan yang TIDAK AKAN MATI sebelum pembuat wasiat meninggal dunia dan TIADA KEPENTINGAN terhadap harta anda!

Contoh Surat Wasiat


"Semoga memberi manfaat."



Cara Membuat Sambal Cuka - Petikan daripada buku 40 Jenis Sambal Johor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor telah mengambil langkah yang proaktif dalam memelihara warisan budaya bangsa. Apa juga peninggalan nenek moyang kita jika tidak dalam bentuk 'warisan budaya', jika ianya tidak dikaji secara mendalam, ditulis dan dibukukan maka sudah pasti tidak dapat ditatapi oleh golongan generasi muda pada masa kini dan akan datang.

Walaupun 40 Jenis Sambal Johor ini merupakan merupakan suatu juadah yang sudah sebati dalam tradisi masyarakat melayu kita, namun jika usaha untuk mengumpulkan dan membukukan resepi ini kemungkinan generasi cucu-cucu kita bakal tidak mengenali lagi sambal-sambal berkenaan dan tidak tahu untuk menyediakannya.

Koleksi 40 Jenis Sambal Johor ini telah dihimpunkan oleh Tuan Haji Jamil Markom, seorang penulis yang prolifik pada zamannya, manakala dengan inisiatif cucu beliau  iaitu Jasmeen Zhari untuk menyerahkan koleksi ini kepada Yayasan Warisan Johor untuk dibukukan dan diterbitkan. Penghargaan juga harus diberikan kepada Puan Naini Drahman iaitu ibu kepada Jasmeen Zhari yang banyak membantu untuk melengkapkan koleksi ini untuk disusun semula.

Mengambil petikan kata-kata Haji Jamil Markom, "Bagi angkatan baru, harus banyak jenis sambal yang dirasainya tetapi mungkinkah banyak lagi jenis yang mereka belum tahu membuatnya. Buku kecil ini cuba menyusun jenis-jenis sambal Melayu yang telah ada pada orang Melayu, jika tidak disusun begini takut kalau-kalau jenis sambal itu hilang ditelan zaman begitu sahaja."

Buku ini boleh didapati pada harga RM12.00 senaskah tidak termasuk caj penghantaran pos.










Cara-Cara membuat Sambal Cuka;

Bahan-Bahan :
  • 5 batang Lada Kering
  • 1 sudu besar Cuka
  • 2 keping Biskut Kering
  • 2 sudu besar Gula Pasir
  • Garam ikut rasa
Cara Menbuat :

Lada kering dibuang biji dan direndam dalam air panas sehingga kembang. Tumbuk lada hingga halus sambil dimasukkan bahan-bahan di atas satu persatu, bermula dengan biskut, gula dan garam. Kemudian masukkan cuka dan kacau semua adunan sehingga sebati.

Cara Menghidang :

Sambal ini biasanya dinikmati dengan 'pendaram' atau 'gimbal udang' yang berulamkan timun muda. Sambal ini juga biasa dijadikan pemecah untuk menikmati sotong bakar.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, 6 November 2016

Panduan Membuat Perancangan Kewangan - 8 Elemen Penting Untuk Di Analisa




Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila membicarakan tentang Pelan Perancangan Kewangan baik untuk individu mahupun bagi keluarga, terdapat sekurang-kurangnya 8 Elemen yang perlu diberikan penekanan oleh seseorang yang digelarkan sebagai Penasihat Kewangan kepada masyarakat bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham yang timbul akibat penerangan yang tidak tepat.

Saya mengatakan yang demikian adalah berdasarkan pengamatan dan pendengaran saya sendiri daripada sessi taklimat mahupun daripada penerangan secara 'bersemuka' oleh mereka-mereka yang memperkenalkan diri mereka sebagai seorang Penasihat Kewangan ataupun 'Financial Consultant'.

Adalah suatu kesilapan besar apabila kita menggunakan gelaran sebagai Penasihat Kewangan tetapi di akhirnya kita menjurus untuk menjual produk berkaitan dengan Perlindungan Insurans/Takaful ataupun Unit Amanah ataupun Surat Wasiat tanpa memberi pilihan kepada 'Prospek' untuk berfikir dan menentukan keperluan utama dalam perancangan kewangan mereka. Kalau begitu jadinya, adalah tidak layak mereka-mereka ini menggunakan gelaran sebagai 'Penasihat Kewangan' sedangkan tindak dan tanduk mereka lebih bersifat sebagai seorang 'Ejen'. Tugas 'Ejen' adalah untuk memperkenalkan, mempromosikan, memasarkan dan menjual produk atau perkhidmatan serta bertindak sebagai pengantara diantara pelanggan dengan syarikat penyedia produk atau perkhidmatan sedangkan seseorang 'Penasihat Kewangan' bertanggungjawab untuk membuat penerangan tentang elemen-elemen yang terdapat dalam membuat perancangan kewangan, melakukan analisa terhadap keperluan atau matlamat kewangan pelanggan, menasihati pelanggan terhadap tindakan-tindakan yang perlu dibuat mengikut tertib dan faktor usia serta bertindak mengikut keperluan pelanggan berdasarkan faktor Mahu, Perlu dan Mampu.


Sebagai seorang Penasihat Kewangan, seseorang itu perlu mempunyai dan menyampaikan Ilmu yang sangat luas dalam membuat perancangan kewangan dan tidak boleh tidak, sekurang-kurangnya terdapat 8 elemen penting dalam merancang kewangan yang perlu disampaikan dengan jelas merangkumi;
  1. Membuat Analisa Kewangan dan Penerangan Aliran Tunai
  2. Membuat Analisa Matlamat Kewangan untuk jangkamasa pendek, jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang.
  3. Penerangan tentang Pengurusan Risiko yang merangkumi keperluan terhadap perlindungan Takaful/Insurans
  4. Penerangan terhadap Perancangan Pelaburan merangkumi Pelan Simpanan dan Pelaburan dengan menyesuaikan kepada matlamat kewangan individu seperti penyedian tabung kecemasan, tabung pendidikan tinggi untuk anak-anak, tabung untuk menunaikan fardhu haji, tabung untuk melunaskan hutang rumah dan kenderaan dan lain-lain. Tujuan menggalakkan simpanan dan pelaburan adalah untuk melawan inflasi dan membiarkan wang bekerka untuk kita.
  5. Penerangan terhadap Perancangan Untuk Persaraan merangkumi penyedian tabung yang mencukupi untuk saraan hidup pada usia bersara dan kos-kos berkaitan dengan perubatan.
  6. Penerangan terhadap Perancangan Zakat dan Cukai bagi menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan tersebut.
  7. Perancangan Pewarisan Harta membabitkan pengagihan aset-aset, hutang-hutang dan harta sepencarian kepada pasangan dan dan waris-waris yang berhak melalui penggunaan instrumen seperti penulisan Surat Wasiat, Hibah ataupun Amanah.
  8. Perancangan Wakaf dan Sedekah yang membabitkan kepada menyediakan peruntukan dan program kewangan bagi melaksanakan ibadah-ibadah tersebut bagi tujuan mendapatkan pahala yang berpanjangan untuk kegunaan hari akhirat.

Semoga apa yang saya zahirkan melalui tulisan ini sedikit sebanyak dapat meleraikan salah faham masyarakat terhadap maksud merancang kewangan dan mudah-mudahan lebih ramai ejen-ejen dapat meningkatkan pengetahuan dan penampilan mereka sebagai seorang Penasihat Kewangan yang sebenar dan tulen.




Wednesday, 19 October 2016

Cabutan Suku Tahunan SSPN-i Plus - Tempoh Promosi 1 Okt 2016 sehingga 31 Dis 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cabutan Suku Tahunan SSPN-i Plus kini memasuki Siri Cabutan kedua dengan tempoh promosi telah bermula pada 1 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2016!


Belum buka akaun SSPN-i Plus? 

Daftar Online disini : https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003859


Peluang untuk memenangi ;





HONDA JAZZ 1.5L






SAGUHATI: WANG TUNAI BERNILAIRM2,000 X 20 PEMENANG





Syarat-syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi
  • Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej
  • Penyertaan adalah automatik
  • PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya pendeposit didapati tidak layak dan melanggar syarat yang telah ditetapkan.
  • Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) tidak layak menyertai cabutan.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
** Imej yang dipaparkan adalah ilustrasi sahaja
*** PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai setara tanpa makluman kepada pelanggan


JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYERTAI. BUKA AKAUN SSPN-i Plus Sekarang! Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui : https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003859



Panduan Membuka Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i Plus secara online!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendididikan Nasional SSPN-i Plus kini boleh dibuka secara online! SSPN-i Plus merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi. Di antara keistimewaan membuat tabungan SSPN-i Plus adalah seperti berikut;

  1. Simpanan Dijamin Kerajaan
  2. Kadar Dividen yang Kompetitif
  3. Pelepasan Taksiran Cukai berdasarkan deposit sebenar sehingga maksimum RM6,000 untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  4. Pelepasan Taksiran Cukai sehingga RM6,000 dibawah Insurans Nyawa dan KWSP
  5. Khairat Kematian untuk Pendeposit, Pasangan dan sehingga 3 orang anak
  6. Elaun Kemasukan Hospital
  7. Manfaat Takaful bagi 36 penyakit kritikal
  8. Manfaat Takaful Kemalangan Diri sehingga RM1,000,000 (Tertakluk Pakej)
  9. Manfaat Takaful Kematian dan Hilang Upaya Kekal
  10. Penyertaan Takaful tanpa pemeriksaan kesihatan
  11. Komitmen serendah RM30.00 sebulan
  12. Automatik layak untuk memohon Pinjaman PTPTN

KINI ANDA BOLEH MEMBUKA AKAUN SSPN-i PLUS SECARA ONLINE MELALUI: https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003859





Syarat-Syarat;

Pendeposit
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas sehingga mencapai 64 tahun
Penerima Manfaat
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 1 hari sehingga mencapai 29 tahun
  3. Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja
Lain-Lain
  1. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat
  2. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama
  1. Pakej Intan - RM30 sebulan
  2. Pakej Delima - RM50 sebulan
  3. Pakej Topas - RM100 sebulan
  4. Pakej Zamrud - RM200 sebulan
  5. Pakej Nilam - RM300 sebulan
  6. Pakej Berlian - RM500 sebulan
  • Manfaat Takaful hanya melindungi pendeposit sahaja.
  • Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaum sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan Takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.
  • Bagi Pakej Berlian, jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar, manfaat tidak akan dibayar dan jumlah simpanan beserta dividen akan dipulangkan.
Tempoh Menunggu;

  • Kematian Akibat Kemalangan - Perlindungan serta-merta (semua pakej)
  • Kematian Biasa (Selain Pakej Berlian) - 12 bulan untuk keadaan sedia ada
  • Kematian Biasa (Pakej Berlian Sahaja) - 3 bulan
  • Keilatan Kekal dan Menyeluruh - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada)
  • Keilatan Kekal dan Separa* (Pakej Berlian Sahaja) - Perlindungan serta-merta
  • Penyakit Kritikal* - 30 hari dari tarikh kuat kuasa, 120 hari (penyakit khusus)
  • Elaun Kemasukan Hospital* - Kemalangan -serta-merta, Penyakit - 30 hari dari tarikh kuat kuasa, 120 hari (penyakit khusus)

Cara-cara Pembukaan Akaun;

Pembukaan akaun boleh dibuat secara online melalui : https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003859


Membuat Tambahan Simpanan:

Kemudahan membuat simpanan tambahan boleh dibuat secara:

  1. Kemudahan Autodebit
  2. Potongan Gaji
  3. Kaunter PTPTN
  4. Secara online
Bayaran hendaklah dibuat pada setiap bulan mengikut komitmen bulanan yang ditetapkan sebelum tarikh bayaran. Sekiranya tiada bayaran diterima, akaun akan ditutup serta-merta dan semua keistimewaan termasuk manfaat takaful akan terbatal.

Pengeluaran Simpanan

Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dengan jumlah dalam akaun sebanyak RM1,000.

Pengeluaran sepenuhnya dibenarkan dengan penutupan akaun.

JANGAN BERLENGAH LAGI! BUKA AKAUN ANDA SEKARANG!

Saturday, 8 October 2016

Selamat Pengantin Baru Awie Wings!

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Lagenda Penyanyi Rock Tanahair, saudara Awie kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Syarifah Ladyana. Berita ini telah diterima daripada group whatsapp jiran lama saya dimana salah seorang daripada mereka telah menghadiri majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini semalam.

Dimana? Biar sahaja pihak keluarga pengantin lelaki atau perempuan membuat kenyataan media untuk mendapatkan berita yang benar.

Tahniah diucapkan. Mari kita doakan semoga perkahwinan Saudara Awie pada kali ini mendapat kebahagiaan dan berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.


Friday, 9 September 2016

Bersediakah Kita Menghadapi Krisis Ekonomi - Adakah Anda Rasa 'DiPaksa Untuk Rela atau 'Rela kerana Terpaksa'?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jika ditinjau daripada keluh-kesah masyarakat tidak mengira bangsa dan agama, sama ada sembangnya di kedai kopi mahupun di laman sosial, nampaknya rakyat negara ini semakin diancam dengan tekanan jiwa akibat daripada kesan krisis ekonomi.

Rata-rata ramai yang mengeluh mengenai kenaikan harga barang keperluan, ada juga yang komplen tentang cukai yang dirasakan tidak perlu dikenakan dan ada juga yang mendakwa ramai pekerja yang telah diberhentikan. Ada juga yang bercerita tentang kegagalan dan kerugian mereka dalam perniagaan, malah ada juga yang bersedih kerana tidak dapat bekerja akibat mengidap sakit yang kritikal.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penutupan cawangan-cawangan bank tempatan yang terkemuka, malah berita mutakhir ini ada menyebut sebuah pasaraya besar juga bakal menutup operasi dan sedang dalam proses memberhentikan pekerja.

Tidak kira atas apa jua sebab, semakin hari semakin ramai rakyat negara ini yang menghadapi masalah kewangan. Lanjutan daripada masalah ini akan timbul pula masalah-masalah lain yang lebih rumit dan kritikal seperti kegagalan untuk membayar komitmen bulanan seperti bayaran ansuran pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi dan kad kredit kepada institusi kewangan. 


Lebih menyulitkan dan memburukkan keadaan apabila syarikat kewangan mengheret penghutang kepada tindakan undang-undang yang akhirnya menyebabkan peminjam diisytiharkan muflis/bankrup. Selain daripada itu, masalah kewangan juga boleh mengakibatkan individu terbabit boleh terjebak dengan kegiatan jenayah seperti perlakuan kes pecah amanah, penipuan dalam urusniaga, penjualan dadah, peras ugut dan rompakan. Malah tidak dinafikan juga ramai yang telah terdesak lalu membuat pinjaman wang haram (Ah Long).


Terdapat juga kes dimana terjadinya kemurungan, keresahan dan kerunsingan yang melampau sehingga terjadinya gangguan mental yang boleh mengakibatkan kecenderungan kepada tindakan mencederakan dan mengancam keselamatan diri sendiri ataupun orang lain. Jadi apakah tindakan kita jika tergolong sama ada sebagai mangsa krisis ekonomi ataupun sebagai ahli keluarga mangsa?


Berbagai saranan daripada pelbagai pihak termasuk daripada pihak menteri ataupun dari pakar ekonomi dan kewangan termasuklah cadangan agar rakyat mengambil langkah berjimat cermat, tingkatkan simpanan serta mencari sumber pendapatan tambahan dengan membuat dua atau lebih kerja-kerja sampingan (part-time).

Apa juga saranan yang diberikan memang ada benarnya. Namun begitu bagi individu yang pernah melalui situasi yang sukar yakni menghadapi masalah kewangan akibat dibelenggu oleh beban hutang yang banyak, kebolehan berfikir dan bertindak untuk mencari solusi sukar dipertimbangkan. Ketika itu daya tolakan iaitu motivasi diri sendiri (self-motivation) menjadi lemah kerana individu berkenaan tidak berupaya untuk memenuhi keperluan asas yang menjadi keutamaan dalam keperluan diri. Di antara keperluan asas tersebut adalah;

1) Perbelanjaan Harian - Merangkumi perbelanjaan/pembiayaan kos makanan, kos pengangkutan, kos persekolahan anak-anak dan lain-lain


2) Perbelanjaan Bulanan - Meliputi pembayaran kos bil utiliti, ansuran bulanan ke atas pinjaman dan lain-lain

3) Perbelanjaan Kecemasan - Merangkumi perbelanjaan di luar jangka seperti bil perubatan, bil kerosakan kenderaan, kos pengurusan jenazah dan lain-lain.

ADAKAH KITA MENERIMA KEADAAN INI SEBAGAI 'DIPAKSA UNTUK RELA' ATAU 'RELA KERANA TERPAKSA'?