Tuesday, 10 November 2015

Panduan Penyimpanan Stok Makanan

Berikut adalah panduan yang boleh diikuti untuk anda menyimpan stok makanan mentah atau bahan-bahan yang telah dimasak ;

Penyimpanan Makanan Kering
  • Disimpan dalam almari kabinet yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik
  • Jangan letak atau simpan di atas lantai
  • Rak tahan karat boleh juga digunakan 
  • Simpan botol dan tin makanan di dalam almari dan rak 
  • Buang tin makanan yang kemek, berkarat, mengembang, luput tarikh dan rosak


Penyimpanan Sayuran dan Buahan
  • Gunakan secepat mungkin
  • Simpan dalam peti sejuk
  • Jangan letak buah di atas lantai
  • Jenis berubi perlu diasingkan dari makanan lain dan disimpan dalam tempat yang gelap
  • Sentiasa periksa buah-buahan dan sayuran daripada layu dan rosak, jika ada buangkan ia secepat mungkin
Penyimpanan Makanan dalam Peti Sejuk
  • Simpan makanan mentah secepat mungkin
  • Bungkus makanan dalam pembungkus yang berasingan
  • Elakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak
  • Produk tenusu perlu diasingkan dengan makanan lain
  • Memantau dan periksa makanan yang mudah rosak
  • Jangan masukkan makanan yang panas terus ke dalam peti sejuk





Penyimpanan Makanan Sejuk/Beku
  • Pastikan suhu penyimpanan adalah -18 darjah celcius
  • Jangan biarkan air daging mentah menitis dan mengenai makanan lainnya di dalam peti sejuk
  • Asingkan ikan atau daging dengan bekas yang berasingan mengikut kuantiti yang akan digunakan terlebih dahulu
  • Peti sejuk perlu dibersihkan, dicuci dan diservis selalu
  • Stok menyimpan makanan sejuk/beku perlu sentiasa diperiksa

Penyimpanan Makanan Yang Telah Dimasak
  • Jangan biarkan makanan masak lebih dari dua jam begitu saja. Jika makanan berlebihan dan masih boleh dimakan, janganlah membazir. Simpan ia dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk
  • Awas! Jangan simpanan baki makanan lebih dari tiga hari di dalam peti sejuk
  • Jika makanan yang tidak habis itu masih ingin dimakan, pastikan ia tidak terdedah dan tidak menyentuh makanan tersebut, kerana dikhuatiri akan cepat basi
  • Panaskan makanan tersebut dalam suhu sekurang-kurangnya 75 darjah celcius

No comments:

Post a Comment

Adbox