Tuesday, 10 November 2015

Pengetahuan Mengenai Kolestrol

Apakah itu kolestrol?

Kolestrol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolestrol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolestrol sendiri di bahagian hati. Molekul kolestrol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein. Terdapat dua jenis kolestrol yang utama iaitu;


Kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein)

Kolestrol LDL juga dikenali sebagai kolestrol jahat berkenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kolestrol HDL (High Density Lipoprotein)

Kolestrol HDL juga dikenali sebagai kolestrol baik berfungsi mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolestrol dalam saluran darah. Oleh itu ia menurunkan risiko serangan jantung.

Saranan Amalan Permakanan Yang Baik;

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolestrol


  • Hadkan pengambilan kuning telur tidak melebihi daripada  2 biji seminggu
  • Hadkan makanan yang dibuat daripada kuning telur seperti kek dan biskut krim
  • Hadkan pengambilan organ dalamam haiwan seperti otak, hati, hempedal dan limpa
  • Elakkan bahagian kepala atau telur pada makanan laut seperti ikan (kari kepala ikan), udang dan ketam.


2. Modifikasi/Ubahsuai penyediaan makanan/resepi

  • Buang lemak dan kulit yang terdapat pada ayam/daging sebelum memasak
  • Pilih kaedah memasak yang sihat (kukus, rebus, panggang dan bakar).
  • Kurangkan penggunaan minyak semasa memasak, contohnya dengan penggunaan kuali tidak melekat (non stick-pan).
  • Gunakan minyak campuran (blended oil) untuk memasak.
  • Disarankan meningkatkan pengambilan asid lemak omega 3 seperti ikan salmon, kod, tuna, herring dan jelawat), walnut, minyak flaxseed dan sayur berdaun hijau.
3. Tingkatkan pengambilan serat makanan


  • Amalkan mengambil 20-25g serat sehari, iaitu melalui 2 hingga 3 hidangan buah-buahan, 3 hingga 4 hidangan sayur-sayuran dan 5 hingga 7 hidangan bijirin penuh.
  • Amalkan mengambil serat larut air (soluble fibre) sekurang-kurangnya 10-15g sehari untuk menurunkan paras kolestrol LDL.



No comments:

Post a Comment

Adbox