Sunday, 8 November 2015

Restoran Selasih Sri Gelam

Alhamdulillah, pada hari ini Sabtu 7hb November, 2015, saya telah menghadiri Majlis Menyambut Menantu yang dianjurkan oleh abang saya saudara Haji Raja Rozhan dan isterinya Hjh Noraini.

Selamat Pengantin Baru Diucapkan kepada Raja Abdul Hadi dan Pasangannya Siti Nursaleha, semoga Allah akan memberi rahmat-Nya kepada kamu berdua sepanjang hayat. Tahniah!


Ucapan Terima Kasih dan tahniah juga diberikan kepada pihak pengurusan dan staff Restoran Selasih Seri Gelam kerana telah memberikan layanan serta khidmat yang sempurna kepada para tetamu. 

Secara peribadi saya berasa cukup selesa berada di Restoran ini kerana terdapat ruang makan tertutup (berhawa dingin) dan terbuka untuk menikmati jamuan. Saya berani mencadangkan kepada penduduk di sekitar Johor Bahru dan berhampiran dengannya supaya mengadakan apa juga bentuk majlis anda di Restoran ini pada masa depan. Lokasi restoran ini di No. 623, Jalan Kolonel Wilson, Sri Gelam, Dataran Bandaraya, Johor Bahru.


No comments:

Post a Comment

Adbox