Sunday, 8 November 2015

RM6.5 juta perluas Skim Pinjaman Kitab

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM6.5 juta untuk memperluaskan Skim Pinjaman Kitab kepada semua murid sekolah agama negeri ini menjelang tahun 2018.

Sebelum ini, sepanjang tahun 2008 hingga 2013, SPK dilaksanakan mengikut kelayakan pendapatan ibu bapa atau penjaga yang tidak melebihi RM1,000 sebulan. Bagaimanapun bermula tahun lalu program SPK diperluaskan tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga dan dimulakan dengan peringkat pertama pemberian SPK kepada 33,000 murid darjah satu membabitkan peruntukan kira-kira RM700,000

Peringkat kedua perlaksanaan dimulakan pada tahun ini kepada 65,000 murid darjah dua dan tiga di seluruh sekolah agama negeri ini, murid darjah empat akan mula menerima SPK pada tahun melibatkan peruntukan melebihi RM1 juta manakala bagi murid-murid darjah lima masing-masing akan menerima SPK pada tahun 2017 dan 2018 membabitkan peruntukan RM2.7 juta.

Sementara itu, kerajaan negeri sudah menyelaraskan sukatan buku latihan sekolah agama di negeri ini bagi memastikan murid mendapat bimbingan terbaik.

Saya turut berasa bangga kerana telah terlibat dalam penghantaran buku-buku latihan aktiviti untuk murid-murid darjah satu hingga enam, buku Ihya' dan ARMK kepada sekolah-sekolah agama di seluruh daerah Johor Bahru dan sebahagian besar kawasan Pasir Gudang.



EmoticonEmoticon

Technology