Tuesday, 1 December 2015

Disember menjelma lagi.....persiapan untuk 2016

Sudah tiba saatnya bulan yang terakhir dalam kalendar 2015 menunjukkan dirinya. Bagi sesetengah orang kedatangan bulan ini amatlah memeritkan. Mana tidaknya, tinggal kira-kira hanya sebulan lagi untuk mempersiapkan kelengkapan anak-anak untuk naik bersekolah. Baju, beg, kasut serta peralatan menulis perlu disediakan bagi anak-anak yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan. Mungkin kalau seorang tidaklah terasa bebannya tetapi bayangkan kalau yang ke sekolah bersusun macam anak tangga, 'sakit' jugalah rasanya..

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kira-kira 53% daripada rakyat negara ini yang bekerja tidak mempunyai simpanan atau membuat tabungan kerana tidak ada lebihan langsung daripada pendapatan mereka selepas digunakan untuk menampung perbelanjaan harian untuk diri sendiri dan keluarga serta membayar hutang piutang dan bil-bil yang wajib. 

Mungkin juga bagi sesetengah orang mereka mengharapkan wang ehsan daripada majikan seperti pembayaran bonus yang boleh membantu meringankan bebanan kewangan. Tidak ketinggalan juga bagi yang memiliki barang kemas akan mula mencagarkan kepada pihak bank yang menyediakan skim Ar-Rahnu ataupun terus sahaja ke kedai pajak gadai. Walau apa pun tanggapan orangramai mahupun ahli keluarga segala usaha di atas adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya kita menggunakan hak kita sendiri untuk menampung keperluan kewangan. Janganlah, elakkanlah seboleh-bolehnya meminjam dengan pihak ah long walaupun dikatakan peminjam wang berlesen kerana akhirnya akan memberi bebanan tambahan untuk sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan akan datang malah ianya juga boleh mengundang tekanan perasaan.

Sumber pendapatan kita terhad, sedangkan kehendak serta keperluan kita tidak terbatas. Pada hari ini ramai yang mengalami masalah kewangan tetapi tidak bersedia untuk mencari pendapatan kedua. Kita sudah tidak berada didalam zon yang selesa namun masih mengharapkan pihak pemerintah dapat melakukan sesuatu perubahan yang memihak kepada kita sedangkan kita telah pun tahu akan jawapannya. 

Jom berubah! Masih ada peluang dan masa. Masa inilah :-

  • Jangan sebut sebulan TETAPI sebutlah ada lagi 31 hari. 
  • Tidak salah mencari kemewahan TETAPI utamakan pencarian untuk kecukupan dahulu.
  • Jangan dicari beribu-ribu TETAPI carilah berpuluh-puluh atau beratus-ratus dahulu.
  • Jangan dicari sebulan sekali TETAPI carilah hari-hari
  • Jangan mencari pendapatan dari sumber yang tidak pasti TETAPI berusahalah dengan kerjaya yang realiti dan pasti.
  • Jangan percaya pada usaha yang boleh membuahkan hasil jika tidak dilaburkan modal.
  • Tidak ada kejayaan tanpa menempuhi kegagalan
  • Dalam dunia persekolahan kita mendapat PENGAJARAN dahulu barulah DIUJI, tetapi dalam dunia kehidupan kita akan DIUJI dahulu barulah dapat PENGAJARAN
  • Usahakanlan daripada tangan anda sendiri JANGAN diusahakan dengan angan-angan
Semoga kedatangan tahun 2016 akan kita sambut dengan ceria dan bergaya In Shaa Allah.

3 comments

Tkasih Wahida....sudi singgah dan tinggalkan komen

Terima kasih kerana sudi exchange link blog dengan blog Kisah Cikgu ieta. Selamat berblogging ya Tuan Raja Mansor ^__^


EmoticonEmoticon

Technology