Friday, 8 April 2016

Pokok Kantan; Kegunaan dan Khasiat

Pokok Kantan, Bunga KantanPokok Kantan adalah sejenis pokok yang ditanam oleh orang-orang kampung di sekitar rumah mereka terutama di kawasan tanah gambut. Juga diusahakan secara meluas di kebun-kebun mereka. Pokok Kantan ini mudah ditanam dan dikategorikan sebagai tanaman herba.

Pokok Kantan ini biasanya tumbuh dalam satu rumpun dan bunga Kantan pula terdapat dari batang-batang pokok yang tumbuh dan muncul dari tanah. Bunga-bunganya bewarna merah muda (merah jambu) dan berbau wangi. Keadaaan bentuk bunganya boleh dilihat pada gambar yang tertera di atas.

Dalam masakan, bunga Kantan biasanya dibuat sebagai salah satu ramuan dalam pelbagai jenis masakan, dan ada dikalangan kita yang menggunakannya dalam masakan asam pedas, campuran untuk laksa dan kerabu. Ada juga menjadikannya sebagai ulam pembuka selera makan.

Khasiatnya:

Menurut kata orang tua-tua zaman dahulu, jika anda mengamalkan dengan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah, ia boleh menjadi ubat awet muda kepada kaum wanita, maka kaum ibu digalakkan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah.

Manakala menurut pengamal perubatan tradisional dari sejak zaman berzaman, adalah dikatakan bahawa bunga Kantan ini baik untuk digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi dan juga kencing manis.

Selain daripada itu, khasiat bunga Kantan dikatakan dapat menghilangkan rasa tidak bermaya jika selalu diamalkan memakannya. Jadi seandainya anda kurang berselera untuk makan, maka amalkanlah dengan kerap memakan bunga Kantan secara mentah-mentah ataupun dicampurkan dengan laksa ataupun nasi kerabu yang anda masak.

Berkesan juga untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus bahagian batang pokok Kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Amalkan selalu, Insya Allah masalah bau badan yang tidak enak itu boleh berkurangan dari hari ke hari

No comments:

Post a Comment

Adbox