Sunday, 21 August 2016

Adab dan Cara Menziarahi Mereka Yang Sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Islam menyuruh menziarahi mereka yang sakit, sama ada sakit akibat kemalangan ataupun sakit tenat kerana penyakit-penyakit kronik, yang hampir kepada kematian kerana dengan itu;
  1. Kita dapat menghiburkan hati pesakit
  2. Kita dapat memohonkan doa supaya dia segera sembuh
  3. Kita dapat memohon maaf
  4. Kita menginsafi kesakitan yang bila-bila masa sahaja boleh tertimpa ke atas kita pula
  5. Mungkin kita menjadi penawar kepada pesakit itu

Menziarahi orang sakit adalah sunat. Ia amalan yang baik untuk menyatakan kasih sayang sesama Mukmin, lebih-lebih lagi ketika saudara kita itu dalam keadaan tenat kerana berhadapan dengan sakaratulmaut.

Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Kewajipan bagi orang Islam terhadap orang Islam lain ialah 5 perkara - menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, menghantar jenazah ke kubur, menghadiri jemputan dan mendoakan kepada orang bersin."

Cara Menziarahi Orang Sakit

Sebaik sahaja mendapat khabar seseorang itu telah jatuh sakit hendaklah kita segera menziarahinya baik di rumah, di hospital dan sebagainya. Hendaklah ziarah kita itu diniatkan semata-mata kerana ALLAH bukan kerana dia itu boss kita, atau kerana dia itu kaya atau kerana dia seorang yang terkemuka atau sebagainya.



Islam menggariskan adab-adab menziarahi orang sakit sebagaimana berikut:
  • Duduk berdekatan dengan kepala pesakit berdasarkan riwayat Nasa'i, yang menyebut bahawa adalah Nabi s.a.w apabila dia menziarahi pesakit, baginda duduk berhampiran dengan kepalanya.
  • Mendoakan pesakit supaya segera sembuh. Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w seperti berikut:
Maksudnya;  Aku bermohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Maha Agung supaya menyembuhkan kamu.


  • Memberi peringatan kepada pesakit supaya dia sentiasa bertaubat dari kesalahan yang dilakukan dan menjelaskan hutang-hutang yang ada.
  • Merangsang, memberi berita gembira atau kata-kata manis untuk menghiburkan hatinya.
  • Usahakan supaya pesakit terus berbaik sangka dengan ALLAH kerana meskipun penyakit itu datangnya daripada ALLAH, ALLAH tetap bersifat Pengasih, Penyayang dan Pengampun.

Adab Melayan Pesakit Tenat

Jika didapati pesakit itu bertambah tenat dan dijangka tiada harapan sembuh, hendaklah dilayani seperti berikut:

1. Hadapkan mukanya ke arah kiblat

Dari Abi Qatadah bahawasanya Nabi s.a.w sewaktu sampai di Madinah beliau bertanya seorang yang bernama al-Barra' bin Makrun. Jawab seorang yang hadir, "Dia sudah mati dan dia mewasiatkan satu pertiga daripada hartanya kepada tuan dan mewasiatkan pula supaya dia dihadapkan ke arah kiblat apabila dia hampir mati." Jawab Rasulullah s.a.w, "Pendapatnya betul."

2. Hendaklah diajarkan kalimah tauhid;

Dari Abu Hurairah telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Ajarlah orang yang hampir mati itu lafaz
3. Selain daripada mengajar kalimah tauhid hendaklah dibacakan Surah Yasiin.

Dari Mu'kal bin Yasar, bersabda Rasulullah s.a.w, "Bacalah olehmu kepada orang yang sakit tenay Surah Yasiin."


4. Usahakan supaya pesakit itu sentiasa bersangka baik kepada ALLAH dan ALLAH akan mengampunkan dosa-dosanya.

5. Disunatkan membaca Surah Arra'du untuk memudahkan keluar roh dari jasadnya.

6. Jangan duduk terlalu lama di sisi pesakit.

7. Apabila hampir nazak sunat ditidurkan atas rusuk kanan mengadap ke kiblat. Jika tidak boleh rusuk kanan, boleh di atas rusuk kiri dan jika tidak boleh juga baringkan dengan cara menelentang dan kakinya ke arah kiblat sedangkan kepalanya diangkat tinggi sedikit.


Cara Mengajar Kalimah Syahadah Semasa Hampir Nazak

  • Ucapkan kalimah syahadah 







dengan betul, jelas dan perlahan-lahan.

  • Jangan terlalu kerap mengulang-ulang kalimah syahadah untuk mengelakkan pesakit menjadi bosan.
  • Setelah diajarkan sekali dan pesakit dapat mengikutinya, jangan diulangkan lagi melainkan pesakit bercakap perkara lain.
  • Tidak disunatkan menambah ..


atau perkataan lain sekalipun ayat Al-Quran atau zikir.

  • Titikkan air ke mulut pesakit jika nyata dia dahaga kerana waktu nazak pesakit biasanya amay dahaga, semasa itulah syaitan akan cuba memperdayakannya supaya keluar dari agama Islam.



Cara Membaca Surah Yasiin dan Arra'du

Orang yang sedang sakit tenat elok dibacakan Yasiin, bukan setelah meninggak dunia sahaja. Sewaktu membaca Yasiin, pastikan:

  • Bacaan betul dengan bertajwid.
  • Baca perlahan-lahan supaya pesakit dapat menghayati bacaan berkenaan
  • Tidak perlu baca beramai-ramai. Ia mungkin membosankan pesakit.
  • Pastikan setiap orang yang membaca berwuduk dan membaca dengan penuh keinsafan dan ikhlas.


MUDAH-MUDAHAN PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT, INSYA ALLAH

2 comments:

  1. perkongsian yang bermanfaat..keep on sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah saya akan teruskan. Terima kasih atas galakan.

      Delete

Adbox