Thursday, 18 August 2016

Resepi Apple Pie

Kulit Pai


Bahan-Bahan


  • 250g Mentega/Marjerin
  • 50g Gula Halus
  • 4 biji Kuning Telur
  • 1 biji Putih Telur
  • 400g Tepung Gandum
  • 1/4 sudu teh garam halus


Cara Membuat Kulit


  1. Pukul mentega/marjerin dan gula halus sehingga campuran sekata. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul sehingga campuran sekata. Masukkan tepung dan garam, gaul sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk.
  2. Sediakan acuan pai kecil-kecil, sapukan marjerin secara nipis dan rata. Ambil adunan, letakkan ke dalam acuan, ratakan nipis pada dalam dan tepi-tepi acuan, rapikan tepinya dan letakkan kedalam loyang kuih.
  3. Bakar dalam ketuhar/oven sehingga masak selama lebih kurang 25 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan, sedia untuk diisi.

Isi Pai


Bahan-Bahan

Untuk Susunan;


  • 2 biji Epal hijau, belah 4 dan hiris nipis, direndam dalam air secukupnya


Untuk Isi;


  • 2 biji Epal Hijau, dicincang halus
  • 1/2 biji nanas, kupas dan parut
  • 150g gula pasir halus
  • 100ml air
  • 2 sudu besar tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
  • 1 sudu besar air limau nipis


Larutan agar-agar;


  • 1/2 peket serbuk agar-agar putih
  • 1/2 sudu teh vanila
  • 25g gula pasir halus


Cara-cara menbuat Isian.


  1. Masak Epal, nanas, gula pasir dan air sambil dikacau sehingga mendidih. Masukkan larutan tepung jagung, kacau sehingga adunan menjadi pekat. Tambahkan air limau nipis dan dikacau rata. Angkat adunan.
  2. Isi kulit pai dengan adunan isi yang panas, susun hirisan buah epal di atasnya, siram dengan larutan agar-agar. Sajikan setelah sejuk.
  3. Larutan agar-agar; campur semua bahan, masak sambil dikacau sehingga mendidih. Angkat, kacau sehingga wap panas berkurangan, baru digunakan untuk sapuan pada permukaan pai epal.

* sumber buku resepi PAI berzat terbitan Synergy Media

Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon

Technology