Saturday, 20 August 2016

Ayam Daging - Proses Menyembelih, Pembersihan dan Pembekuan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Anda suka makan ayam? Pernah tengok proses sembelih ayam? Pernah tengok kilang pemprosesan ayam? Beberapa bulan yang lalu saya telah diberikan peluang untuk melawat kilang pemprosesan ayam AGD Fresh Meat Sdn Bhd yang terletak di Medan Niaga Kepong, Kuala Lumpur. Kedatangan rombongan kami dari Johor Bahru disambut mesra oleh Pengarah Syarikat iaitu YBhg Datuk Wan Johani Wan Hussin dan rakan perniagaan beliau YBhg Tuan Asad Zaman.


YBhg Datuk Wan Johani Wan Hussin


Kedatangan kami ke kilang tersebut adalah bertujuan untuk memahami dan mendalami bagaimana cara yang sebenar berlakunya proses kedatangan ayam hidup, penimbangan, penyembelihan, pengasingan bahagian dalaman (perut, hati,pedal), pembersihan dan pencucian, blasting dan penyimpanan bilik beku. Rasanya terlalu banyak ilmu baru yang dapat diperolehi selain berkesempatan melihat mesin-mesin industri yang terlibat dalam proses-proses yang berkenaan.


Kawasan Penerimaan Ayam Hidup





Mesin Penyembelihan






 Proses Pembuangan Bulu





Proses Pembersihan/Pencucian





Bilik Blasting untuk ayam eksport



Bilik Penyimpanan Beku







Apa yang membanggakan dan membuat saya berasa kagum, selain daripada kilangnya yang mempunyai keperluan mesin-mesin pemprosesan dan kemudahan yang baik sama ada untuk pembeli mahupun pembekal, kilang ini memenuhi standard daging ayam untuk dieksport dengan memperolehi bukan sahaja sijil halal bahkan memliki Sijil Kesihatan VHM dari Jabatan Veterinar Malaysia yang diakui sangat ketat dan susah didapati oleh penguasaha bumiputra yang lain.




4 comments

uihhh.. not bad. idea nk bukak kilang ni

Terima kasih En. Zulhilmi Tempoyak sebab sudi singgah dan tinggalkan komen. Semoga ada info yang dapat memberi manfaat kpd pembaca.

sy tak nak lawat kilang2 ayam daging ni semua takut nanti tak termakan pulak haha..tapi tak sia2 kesana kan..dapat jugak sedikit ilmu :)

Hahaha. Takpa, saya dah tolong lawatkan...


EmoticonEmoticon

Technology