Saturday, 20 August 2016

Buffet Tengahari di Restoran Glass Thistle Hotel Johor Bahru



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Kepada mereka yang berada di kawasan Johor Bahru baik untuk tujuan melancong, menziarahi keluarga ataupun anda memang warga Johor dan ingin menikmati hidangan buffet tengahari dalam suasana hotel, saya ingin mencadangkan agar anda berkunjung ke Retoran 'Glass' yang terletak di ruangan lobby Hotel Thistle, Johor Bahru. Rasakan sendiri keenakan juadah hidangan masakan melayu seperti Udang Masak Lemak Cili Padi, Kambing Bakar, Air Batu Kacang (ABC), kuih-muih dan berbagai jenis makanan lain.



Selain daripada pelbagai jenis hidangan yang enak dan membangkitkan selera anda, suasana di dalam restoran ini sangat tenang dan selesa disamping  dapat menikmati pemandangan yang cantik dan bebas terutamanya kolam ikan  dan wajah landskap yang menarik. Anda juga dijamin mendapat layanan yang ramah dan mesra daripada semua kakitangan dan petugas di restoran tersebut.

Jika anda ingin ke sini jangan risau kerana terdapat kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan terkawal dan ruangan solat yg selesa. Kemudahan pengangkutan awam juga mudah didapati sama ada dengan menaiki teksi ataupun bas.



Restoran ini juga menyediakan hidangan menu a-la-carte dengan pilihan citarasa tempatan dan antarabangsa. Dibuka dari 12 tengahari sehingga 11.00 malam dan terdapat kemudahan pembayaran melalui Kad Kredit ataupun Kad Debit. Bagi mereka yang ingin menikmati 'Saturday Night BBQ Buffet', boleh berkunjung dari pukul 6.30 petang - 10.30 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM104 bersih (Dewasa) dan RM50 (Kanak-kanak 6-12 tahun). Sebarang tempahan boleh dibuat menerusi talian 07-2229234 sambungan 80216

Selamat Menjamu Selera!

2 comments:

  1. mesti menu yang ditawarkan sedap2 kan :)

    ReplyDelete
  2. Ya sudah tentu. Bertambah-tambah sedap saya rasa sebab orang belanja hahaha

    ReplyDelete

Adbox