Saturday, 20 August 2016

Tempat Makan Best di Ipoh


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Sebenarnya kisah lawatan kerja ke Ipoh, Perak ini suatu kisah yang telah lama berlaku iaitu kira-kira pada bulan Mac, 2012. Walaupun sudah bertahun-tahun berlalu namun kenangan yang manis sentiasa menjadi ingatan sampai bila-bila. Aku melakukan perjalanan ini bersama-sama dengan dua orang yang lain iaitu abangku Sdr. Raja Rozhan dan sahabatku Sdr. Mahadzir. Destinasi kami yang selanjutnya adalah Kulim, Kedah.

Aktiviti pada awal pagi mula-mula pergi Majlis Bandaraya Ipoh cukai syarikat yang tertunggak! Bos pergi bayar, aku dengan sahabatku Mahadzir posing dulu kat luar.





Hahaha...Bos suka cukai pintu sudah kasi bayar!


Ipoh bukanlah suatu destinasi yang asing bagi diriku, tambahan pula aku pernah menetap di sana iaitu di Taman perumahan Bercham Raya selama kira-kira 6 bulan untuk menjalankan aktiviti pemasaran jualan buku di sekitar kawasan negeri Perak. Sungguh luas negeri Perak ini lebih kurang macam Johor jugak. Biasalah, apa yang hendak dikongsi di sini tentang kisah makanlah! Sebab aku ni jenis yang suka try makanan-makanan yang berlainan dan sukar atau tidak didapati di negeri Johor. Kadang-kadang makanan yang sama pun rasanya tetap berlainan jika kita berkunjung ke negeri lain. Betul tak? Itulah kelebihan dan keunikan kepelbagaian budaya dan suku kaum di Malaysia. Mungkin ada menu-menu yang tidak kena dengan selera kita tetapi kita try ajelah, yang mustahak Halal. Orang lain pun kalau datang negeri kita belum tau lagi boleh terima rasa tekak kita kan? 

Dah Lapar ni...gerak pergi makan


Ok, berbalik pada cerita makan ni aku nak share satu tempat makan di Ipoh iaitu dalam kawasan letak kereta Pasaraya Besar Giant Tambun. Alaa..jalan nak pergi Lost World Of Tambun tu. Ada satu kiosk yang diperbuat daripada kontena yang diberi nama Mr Cendol. Apa yang aku respect ialah pengusahanya yang sanggup mengambil pekerja dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Macam-macam menu jugaklah yang ada disini, menu utamanya ialah Cendol. Pada pendapat aku biasa sahaja cuma terdapat kelainan ialah dari segi cara hidangan dimana air gula merah diisi didalam botol picit. Jadi kepada sesiapa nak manis ataupun tidak boleh tuang dan adjust sendiri ikut sedap tekak. Yang jadi peberet aku kalau ke utara ialah Rojak Pasembor. Ni dah jumpa apa lagi balunlah...kalau nak cuba kelainan boleh rasa mee rendang! Sedap ke? No komen, gosok tekak tanya selera.







Tapi nak tau tak pasal apa makanan ni sedap? Jawapannya ialah pasal ORANG BELANJA!


EmoticonEmoticon

Technology