Wednesday, 24 August 2016

Pakej Umrah Hilton Disember 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah dengan segala hormatnya saya selaku wakil Umrah Kaizen Travel & Tours Sdn Bhd di Johor mengumumkan bahawa Pakej Umrah Hilton Disember 2016 dibuka sekarang untuk tempahan!

Kembara Suci dibumi Ambiya' bersama YBhg Al-Fadhil Datuk Haji Mohammad bin Hashim Al-Hafiz, Imam Besar Masjid Al-Azim Negeri Melaka.



Tarikh : 04/12/2016 - 15/12/2016 (12 hari 10 malam)
Penerbangan MALAYSIA AIRLINES

Makkah - Hotel Makkah Hilton / setaraf (50 meter dari Masjid)
Madinah - Hotel Mubarah / setaraf (80 meter dari Masjid)

Harga Pakej - Dewasa 

RM7,390.00 (berempat) 
RM7,890.00 (bertiga) 
RM8,390 (berdua)

Atucara Lawatan Umrah Makkah / Madinah

HARI 01:-KUALA LUMPUR / JEDDAH / MAKKAH

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Check in penerbangan Malaysia Airlines untuk ke Jeddah. Dijangka tiba di Lapangan Terbang Jeddah pada jam 1415 petang. Setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, terus menaiki Bas berhawa dingin menuju ke hotel. Tiba di hotel, check in dan makan malam. Selepas makan jemaah akan terus dibimbing olek mutawif ke Masjidil Haram untuk Tawaf Umrah, Saie dan Tahalul (Umrah pertama)

HARI 02:-MAKKAH

Selepas Isyak, kita akan mengadakan kelas fardhu 'ain tentang amalan ibadah yang patut dilakukan sepanjang berada di Makkah. Aktiviti Bebas

HARI 03:-MAKKAH

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa melawat ke Jabal Rahmah di mana tempat pertemuan antara Nabi Adam A.S dan Hawa setelah dikeluarkan dari Syurga. Di sini jugalah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu yang terakhir. Para jemaah juga akan dibawa melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat mengerjakan haji seperti di Padang Arafah di mana tempat Wukuf jemaah haji, Mudzalifah dan Mina (tempat melontar jamrah) dan kemudian para jemaah akan dibawa ke Jaarana untuk mengambil miqat bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah.

HARI 04:-MAKKAH

Aktiviti Bebas

HARI 05:-MAKKAH

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa melawat ke ladang unta, muzium dimana kita dapat melihat sejarah dan juga barang-barang bersejarah yang terdapat di kota Makkah (tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa Arab Saudi). Setelah selesai lawatan, para jemaah akan dibawa ke Ubaidiah untuk mengambil miqat bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah.



HARI 06:-MAKKAH

Aktiviti mendaki Jabal Nur dan ziarah Gua Hira' (tambahan bagi yang berhajat). Majlis khatam quran, tahlil dan tazkirah dipimpin oleh YBhg Al Fadhil Datuk Haji Mohammad bin Hashim Al-Hafiz selepas solat Isyak. Jamuan makan.


HARI 07:-MAKKAH - MADINAH

Selepas zohor, para jemaah diminta untuk melakukan Tawaf Wida' sebelum menaiki bas menuju ke Madinah.

HARI 08:-MADINAH

Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa untuk ziarah qudum ke Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Bagi jemaah lelaki akan mengikut mutawif lelaki dan bagi jemaah wanita akan mengikut mutawif wanita. Kemudian para jemaah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Baqi'. Selepas itu acara bebas.

HARI 09:-MADINAH

Selepas sarapan pagi,jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba' iaitu masjid pertama didirikan oleh Rasulullah S.A.W dan para jemaah dinasihatkan berwuduk terlebih dahulu dari hotel. Jemaah juga berpeluang melawat Jabal Uhud dan Makam Saidina Hamzah. Destinasi seterusnya Masjid Qiblatain, masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram). Akhir sekali jemaah akan dibawa ke Pasar Kurma untuk membeli belah. Pulang ke tempat penginapan dan selepas itu acara bebas.

HARI 10:- MADINAH

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Masjid Quba, Kubu Kaab dan Jabal Magnet. Pada sebelah malam selepas solat Isyak, majlis khatam quran, tahlil dan tazkirah yang akan dipimpin oleh YBhg Al-Fadhil Datuk Haji Mohammad bin Hashim Al-Hafiz. Jamuan makan.



HARI 11:-MADINAH / KUALA LUMPUR

Selepas solat zohor, jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida' ke makam Rasulullah. Dan selepas itu menaiki bas bergerak menuju ke Lapangan Terbang Madinah untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 12:- KUALA LUMPUR

Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semoga mendapat Umrah yang mabrur. Atucara umrah dan ziarah tamat.

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan KUL-JED/MED-KUL dengan kelas ekonomi.
  • Insuran dan Cukai Lapangan Terbang
  • Permohonan Visa Umrah
  • Penginapan di Madinah termasuk makan (4 malam)
  • Penginapan di Makkah termasuk makan (6 malam)
  • Pengangkutan darat berhawa dingin di Saudi Arabia
  • Lawatan/Ziarah seperti atucara
  • Perkhidmatan Mutawif Wanita (Madinah), Lelaki (Madinah & Mekah)
  • Insuran Perjalanan
  • Kursus Bimbingan Umrah


Harga Pakej Tidak Termasuk:

  • Lebihan Bagasi (SR80 + 1kg)
  • Lawatan tambahan yang tidak dinyatakan dalam atucara
  • Tips untuk porter di hotel dan Lapangan Terbang


Cenderamata:

  • Kursus bimbingan Umrah (Ustaz Sulaiman Daud/Ustaz Nizam Omar/Ustaz Yusof)
  • Air Zam-Zam sebanyak 5 liter seorang
  • 1 (satu) beg bimbit serta beg passport
  • 1 (satu) buku panduan mengerjakan Umrah


Syarat-syarat penempahan:

  • Tempahan hendaklah dibuat 3 bulan sebelum berlepas
  • Bayaran deposit sebanyak RM1,000.00 seorang semasa pendaftaran
  • Pembayaran penuh mesti dijelaskan 45 hari sebelum berlepas
  • Penalti pembatalan tempahan akan dikenakan jika membatalkannya setelah tiket penerbangan dikeluarkan.


NOTA: PIHAK SYARIKAT BERHAK UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN HARGA DAN TARIKH PENERBANGAN MENGIKUT KEPADA KELULUSAN VISA DARI KEMENTERIAN HAJI ARAB SAUDI & SYARIKAT PENERBANGAN. PAKEJ JUGA TERTAKLUK KEPADA SYARAT.


"KAIZEN TRAVEL & TOURS SDN BHD"

No comments:

Post a Comment

Adbox