Friday, 19 August 2016

Program Derma 'Pakej Buku'


Pakej Beli Buku & Derma ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menjadikan buku sebagai salah satu medium menyumbang/menderma bagi manfaat masyarakat.

Kami membantu anda menjalankan proses derma buku ini. Anda cuma perlu beli 'pakej buku' yang telah disediakan dan kami akan hantar 'pakej buku' ini kepada mana-mana institusi yang terdiri daripada perpustakaan sekolah-sekolah rendah dan menengah, masjid-masjid, pusat-pusat tahfiz ataupun kepada komuniti di luar bandar yang dirasakan sesuai dan memerlukan sumbangan 'pakej buku' tersebut.

Pakej terdiri daripada pilihan buku set (bersiri) untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pakej-pakej yang disediakan ;



Pakej A - RM69
Pakej B - RM99
Pakej C - RM149
Pakej D - RM199
Pakej E - RM249
Pakej F - RM499
Pakej G - RM999

Anda juga boleh memilih, membeli dan seterusnya mendermakan buku-buku yang tersenarai di laman blog ini dibawah menu halaman bertajuk Aktiviti Bisness>Kedai Buku>Buku Pelbagai/Buku Warisan/Buku Terpakai.            

Semoga program derma buku ini menjadi salah satu lagi cara orang ramai untuk menyumbang atau menderma kepada institusi yang disasarkan. Kepada penderma yang terdiri dari umat islam, diharapkan agar anda diberikan ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah SWT selagi mana harta yang didermakan masih kekal dimanfaatkan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah menghulurkan sumbangan terus kepada akaun yang berikut ;

Nama Bank : Maybank
Nama Akaun : Raja Mansor bin Raja Jaffar
No Akaun : 151539078510
Email: rajamansor@gmail.com

Sila imbas slip/bukti sumbangan bagi tujuan rekod kami.

Setiap sumbangan anda sangatlah dihargai. Terima kasih

2 comments:

  1. perkongsian yang baik..bw pagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Nor sebab sudi #bw ke blog saya. Semoga perkongsian saya dpt beri manfaat.

      Delete

Adbox