Thursday, 18 August 2016

Program Sadaqah Nasi Lemak


Assalammualaikum wbt..dan Salam Hormat

Saya ada menjalankan 'Program Sadaqah Nasi Lemak RM1 BERJEMAAH' untuk masjid, surau dan pusat tahfiz di sekitar kawasan Bidor + Tapah, Perak. Sadaqah Nasi lemak boleh dibuat untuk slot sebelum Solat Jumaat ataupun slot program tahlil oleh pelajar-pelajar tahfiz.

Semua proses memasak, membungkus dan penghantaran akan diuruskan oleh adik saudara saya yang mengusahakan perniagaan Nasi Lemak Papa RM1. Bagi yang berhasrat untuk membeli nasi lemak berkenaan untuk santapan seisi keluarga ataupun tempahan sila temui mereka di Lokasi parking kereta dihadapan YATFONG, Bidor, Perak. Waktu perniagaan dari jam 5.30 petang - 7.00 malam.



Tiada minimum order, sedekah mengikut kemampuan dan keikhlasan hati. Namun bagi yang berkemampuan, adalah digalakkan untuk bersedekah kepada para pelajar tahfiz berjumlah 120 bungkus.

Menu utama adalah Nasi Lemak Bungkus RM1. Boleh juga ditambah telur rebus sebiji pada harga RM2 sebungkus dan telur goreng pada harga RM2.50 sebungkus



Sekiranya ada individu ataupun pihak syarikat yang berminat untuk bersadaqah, sila kirimkan sumbangan anda pada setiap hari Selasa bagi setiap minggu. Sumbangan boleh terus dimasukkan ke dalam akaun saya seperti berikut;


Nama Bank : Maybank
Nama Akaun : Nurul Aira Khanum
Nombor Akaun : 158305198175

atau

Nama Bank : Maybank
Nama Akaun : Raja Mansor bin Raja Jaffar
Nombor Akaun : 151539078510
Email : rajamansor@gmail.com

Sila imbas slip dan email kepada saya untuk tujuan rekod.

Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala yang besar di atas amalan sadaqah yang diniatkan. Terima kasih.





No comments:

Post a Comment

Adbox