Saturday, 27 August 2016

Roti Canai Special di Selangor Mansion

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada orang gelar Roti Canai Special Selangor Mansion, ada orang gelar Roti Canai Special Jalan TAR, ada orang panggil Roti Dara Special KL. Jika anda berkunjung ke bandaraya Kuala Lumpur tidak lengkap rasanya sekiranya tidak merasai keenakan Roti Canai Special ini. Lokasinya terletak di bangunan Selangor Mansion, Jalan Masjid India (Belakang pasaraya Mydin). Masjid India pun dekat, masjid jamek pun dekat. Dikhabarkan kepada saya oleh orang-orang 'lama' KL perniagaan roti canai special ini telah dijalankan sejak lebih 40 tahun yang lalu!

Apa yang special roti canai ni? Secara peribadi bagi pendapat saya tentang rasanya tidak jauh beza dan hampir sama kelazatannya jika dibandingkan dengan roti canai yang terdapat di restoran mamak yang lain bukan sahaja di KL malah hampir di seluruh negara. Jadi apa yang special? Mungkin cara penyediannya dengan meletakkan dua biji telur separuh masak di atas roti canai yang telah dibanjirkan dengan kuah kari. Rasanya kalau restoran mamak yang lain buat benda yang sama pun jadi special jugak kan. Jadi apa yang special? Mungkin kerana terdapat hiburan 'live' yang yang dipersembahkan oleh penyanyi busker pada setiap malam. Tapi dekat restoran mamak lain pun ada buskinglive jugak. Jadi apa yang special? Mungkin sebab ramai pengunjung sama ada orang luar ataupun penduduk tempatan menjadikan suasananya meriah walaupun dah pukul 2-3 pagi. Tapi ni kan KL, mana-mana pukul 2-3 pagi pun memang ramai orang.




Jadi apa yang special? Kalau betul-betul anda nak tahu apa yang special sangat Roti Canai ni jemputlah datang dan rasai sendiri. Memang happening!

#Sedap
#Lain dari yang lain
#Busking Live
#Orang Ramai macam free
#Tunggu kerusi kosong-setengah jam biasa
#Orang betul-betul ramai
#2 pagi pun ramai lagi
#Nasi Kandar, Nasi, Lemak Bungkus pun ada




1 comment:

Adbox