Thursday, 8 September 2016

Isu Fara Fauzana Batalkan Majlis Pernikahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Hanya Fara yang boleh jelaskan kenapa perkahwinan kami dibatalkan.", jelas Mohamed Hafiz Baidiuzzaman. Beliau sebelum ini dikatakan bakal berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini. Dalam satu kenyataan kepada pihak pihak media, Hafiz memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terjejas dengan berita pembatalan majlis perkahwinan yang diumumkan oleh Fara pada hari Ahad lalu.

Tambah beliau, "Sebab mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara. Saya mohon kepada pihak media supaya memberi ruang kepada saya dan keluarga supaya tidak diganggu." Menerusi kenyataan yang sama, Hafiz mengakui masih terkesan dengan pembatalan majlis berkenaan. Apabila diajukan pertanyaan kenapa beliau tidak hadir pada sidang media yang diadakan oleh Fara pada 1 Ogos yang lepas, beliau menjelaskan "Saya tidak hadir berdasarkan persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi saya dan privasi keluarga."

Hafiz turut menafikan dia sudah berkahwin atau sengaja meyorokkan status perkahwinannya daripada Fara sehingga perkara tersebut menjadi punca pembatalan majlis perkahwinan mereka. Dalam pada itu, dikhabarkan sejak pengumuman pembatalan majlis perkahwinan pada Ahad lalu sehingga pada hari ini Fara Fauzana terus membisu dan enggan berjumpa dengan media untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya.

Diberitakan bahawa Mohamed Hafiz Baidiuzzaman yang berusia 30 tahun merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO satu bahagian di Lembah Kelang.


EmoticonEmoticon

Technology