Saturday, 3 September 2016

Kemudahan Insurans Kredit Perdagangan oleh EXIM Bank Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa bulan yang lalu saya berkesempatan untuk melakukan lawatan kerja ke Exim Bank (Export-Import Bank of Malaysia Berhad) yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kedatangan rombongan kami disambut mesra oleh Encik Mohd Nazri Mohd Hussain, Assistant Vice President II, Jabatan Insurans Kredit. EXIM Bank Malaysia Berhad.

Tujuan kami membuat lawatan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Exim Bank untuk membantu peniaga tempatan jika berhasrat untuk mengeksport barang kepada pembeli luar negara. Apa yang saya dapat kongsikan kepada para pembaca budiman, sebenarnya terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui EXIM Bank untuk para peniaga tempatan sekiranya mereka berhasrat untuk mengeksport barangan kepada pembeli dari luar negara. Diantaranya adalah kemudahan Pembiayaan Perdagangan, Jaminan dan Insuran/Takaful Kredit Perdagangan






Pada mesyuarat ringkas berkenaan, kami telah diterangkan secara dengan mendalam berkenaan kemudahan Insurans Kredit Perdagangan (Trade Credit Insurance) .

APAKAH INSURANS KREDIT?


Insurans kredit ialah polisi insurans yang melindungi kegagalan membayar penghantaran barangan atau perkhidmatan yang disebabkan oleh risiko komersial dan/atau risiko politik. Insurans ini disasarkan kepada entiti perniagaan untuk melindungi akaun belum terima mereka daripada kerugian akibat kegagalan pembayaran oleh pembeli luar negara/tempatan disebabkan oleh kasualiti ekonomi atau ketakmampuan bayar.

Kemudahan Insurans Kredit EXIM Bank melindungi kegagalan pembayaran daripada risiko yang berikut:

Risiko Komersial – Sehingga 90%

  • Ketakmampuan bayar Pembeli atau Bank Pengeluar Surat Kredit
  • Kegagalan pembayaran oleh Pembeli atau Bank Pengeluar Surat Kredit
  • Tidak menerima barang

Risiko Politik & Negara – Sehingga 95%

  • Risiko pemindahan
  • Berlakunya peperangan, revolusi dan kekacauan awam
  • Kemungkiran oleh pembeli sektor awam (kekecewaan kontrak)

EXIM Bank menawarkan insurans kredit jangka pendek dan jangka sederhana / panjang:

  • Insurans Kredit Jangka Pendek - Perlindungan maksimum sehingga satu (1) tahun
  • Insurans Kredit Jangka Sederhana / Panjang - Perlindungan maksimum sehingga 15 tahun

Manfaat Insurans Kredit Jangka Pendek

  • Menanggung kerugian sehingga 90-95%
  • Membolehkan pengeksport meneroka pasaran baharu dan yang tidak dikenali
  • Membolehkan pengeksport membuat lebih banyak jualan atas syarat kredit dan pada masa yang sama pembayaran terjamin
  • Memudahkan pembiayaan perdagangan (diberi hak sebagai jaminan kepada Bank)
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit untuk pemegang polisi kami dengan menyaring pembeli / pelanggan agar dapat mengurangkan kelewatan pembayaran
  • Pelepasan Cukai Potongan Dua Kali bagi premium yang dibayar
  • Memberikan bantuan dalam pemungutan semula hutang
  • Jaminan kewangan pada setiap masa
  • Ketenangan fikiran dan keyakinan untuk mengembangkan perniagaan di luar negara

Manfaat Insurans Kredit Jangka Sederhana / Panjang

  • Menanggung kerugian sehingga 90-95%
  • Membolehkan penerokaan pasaran baharu dan yang tidak dikenali
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit untuk pemegang polisi kami dengan menyaring pembeli/pelanggan agar dapat mengurangkan kelewatan pembayaran
  • Memberikan bantuan dalam pemungutan semula hutang
  • Jaminan kewangan pada setiap masa
  • Ketenangan fikiran dan keyakinan untuk mengembangkan perniagaan di luar negara


EmoticonEmoticon

Technology