Thursday, 8 September 2016

Guru Lelaki Minta Maaf -Isu Dakwa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tidak berkhasiat dan berkualiti


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Maafkan saya." kata seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah yang menyebar gambar menu RMT di Sekolah Kebangsaan Chica Tinggi sehingga menjadi viral malah mendakwa menu tersebut tidak berkhasiat dan berkualiti, tampil memohon maaf di laman sosial Facebook semalam.

Menurut tulisannya, guru berkenaan berkata, dengan penuh insaf dan rendah hati dia memohon maaf kepada semua pihak di atas laporan penulisan bergambar berkaitan RMT di sekolah berkenaan. Ulas beliau,"Setelah diteliti, saya dapati maklumat itu tidak tepat dan tidak menggambarkan keadaan sebenar penyediaan RMT. Justeru, saya memohon maaf secara terbuka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas serta semua pihak."

"Selain itu, saya juga minta maaf kepada pengusaha kantin sekolah, pentadbir, guru dan kakitangan SK Chica Tinggi", katanya lagi semalam. Dengan itu, beliau menarik balik isu berkenaan daripada laman sosial berkenaan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD Pasir Mas yang menjelaskan kedudukan sebenar di media.

Sebelum ini, guru berkenaan memuat naik gambar menu RMT berkenaan sehingga menjadi viral di laman sosial dengan membuat penulisan bertajuk 'sesudip nasi separuh sosej', dimana tindakan beliau menyebabkan hampir keseluruhan pembaca meninggalkan komen yang mengutuk pihak sekolah dan penguasaha kantin kerana tidak prihatin terhadap hidangan percuma itu.

Namun Pengarah JPN Datuk Ab Aziz Abdullah pantas menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa gambar yang disebarkan itu diambil ketika proses penyediaan hidangan dan bukannya menu sebenar. Kata beliau, menu sebenar yang disediakan pengurusan sekolah ialah nasi goreng cina, daging, tembikai dan minuman Milo, malah sosej berkenaan sebagai tambahan untuk menarik minat murid untuk menikmati hidangan tersebut.





No comments:

Post a Comment

Adbox