Sunday, 12 November 2017

Murtabak Daging Cheese - Keenakan boleh dirasai di Gerai Hajah Rabiah, Taman Cempaka, Johor Bahru

Assalamu'alaikum wbt.

Anda peminat Murtabak Daging? Tambah cheese lagi meleleh boohh!

Ingat tak dulu saya pernah share kat Facebook berkenaan dengan sebuah gerai yang menjual berpuluh jenis lauk pauk menjangkau sehingga 70-80 jenis lauk? Perniagaan ini sebenarnya telah wujud pada akhir tahun 80 an lagi. Orang Johor tak kan tak kenal Gerai Hajah Rabiah kan? Kalau tengok Signboard atas nama Mahmudah Supply & Trading.

Sekarang ni kalau anda berada di Johor Bahru, jangan lupa singgah Gerai Hajah Rabiah. Lokasi masih di Taman Cempaka, Johor Bahru namun kini telah berpindah ke lokasi yang lebih selesa iaitu di No 3 & 4, Medan Selera Taman Cempaka, Johor Bahru.

Rasa macam tak pernah puas singgah di gerai ini. Macam-macam lauk nak rasa. Kini, tak cukup tengahari, waktu malam pun saya nak singgah untuk pekena roti canai yang sangat lembut dan sedap. Yang paling special terdapat juga Murtabak daging yang sangat sedap dan sungguh menyelerakan! Boleh pilih kalau nak tambah cheese...wow meleleh! Ada juga hidangan roti yang lain seperti roti tampal dan murtabak sardin. Saya dah cuba semua...semua sedap-sedap belaka. Anda bila lagi?


5 comments:

  1. Meriahnya murtabak dia.. mmg x kedekut bahan

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je murtabak daging cheese ni.. belum pernah makan lagi murtabak daging letak cheese selalu makan murtabak daging biasa je.. hehe.. btw deeba follow sini..

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah blog deeba http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ERMM SEDAPNYA MANA NAK CARI DEKAT UTARA NIE HEHE

    ReplyDelete