Wednesday, 15 November 2017

Konsep Rekaan 7 stesen Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura

Umum telah mengetahui akan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (High Speed Railway) yang menghubungkan Kuala-Lumpur dan Singapura. Adalah dijangkakan projek kereta api berkelajuan tinggi ini akan menghubungkan Kuala-Lumpur ke Singapura dengan perjalanan yang hanya mengambil masa 90 minit dengan unjuran kelajuan 250-300 km/j!


Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ini disasarkan memulakan operasi pada tahun 2026 dan akan melalui beberapa buah stesen utama iaitu Bandar Malaysia (Kuala Lumpur), Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Jurong East di Singapura.

Saya tidak berminat untuk bercerita panjang lebar berkenaan projek mega ini, namun begitu saya ingin berkongsi kepada pembaca blog saya tentang suatu video yang menunjukkan perancangan untuk membina 7 buah stesen yang baru di Malaysia dimana pada pendapat saya, seni bina, reka bentuk dan konsep yang diilhamkan sangat menarik. 

Jom Tengok !




Mengambil kira mercu tanda atau ciri-ciri tradisional sesebuah tempat itu, contohnya Stesen Bandar Malaysia (Kuala Lumpur) dibina daripada konsep pertembungan dua buah sungai yang utama iaitu Sungai Kelang dan Sungai Gombak, Seremban dengan konsep Istana Menanti, Muar dengan Rehal Al-Quran dan Batu Pahat dengan Kuda Kepang serta lain-lain dengan konsep yang tersendiri.

Saya percaya video yang saya kongsikan ini sangat menghiburkan, dan saya berdoa mudah-mudahan Allah SWT memanjangkan unur saya untuk merasai kemudahan ini dan menikmati keindahan dan kecanggihan rekabentuk stesen-stesen yang dilalui pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment