Saturday, 11 November 2017

Tanjung Piai Resort - Penghujung Benua Asia

Saya dah dua kali berkunjung ke Tanjung Piai Resort! Tempat ini memang sangat menarik untuk dilawati sama ada untuk membawa keluarga, berbulan madu mahupun untuk menganjurkan berbagai kursus dan seminar, annual dinner bagi syarikat dan lain-lain aktiviti. Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Jika anda belum merancang dan tidak tahu kemana hendak bercuti dan berjalan-jalan bersama keluarga, Tanjung Piai Resorts adalah jawapannya.

Tanjung Piai Resort terletak di dalam Daerah Pontian, Negeri Johor. Terkenal sebagai sebuah pusat penginapan yang berkedudukan dipenghujung Benua Asia dan mempunyai berbagai kemudahan baik daripada segi Bilik Penginapan yang selesa, beberapa buah Dewan untuk menganjurkan Kursus dan Seminar, Ruang makan yang luas, Surau, penyediaan makanan secara Buffet dan Al-Carte yang sedap serta menyelerakan serta berbagai aktiviti sukan dan riadah yang seperti sukan Kayak, Memanah, Telematch, Lompat Dari Jeti, Paintball, Memancing, Karaoke dan lain-lain.





Bagi kemudahan bilik, terdapat berbagai kategori bilik yang disediakan seperti Family Sharing, Twin Sharing, Standard, Superior dan Dorm bermula dari harga serendah RM174! Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan En Jai +6012-7670699 atau email kepada julialiff@yahoo.com. Selamat bercuti!!!






No comments:

Post a Comment