Sunday, 12 November 2017

Wakaf - Majlis Pewakafan dan Penyerahan Bangunan Wakaf di antara Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)

INGIN MENGINFAQKAN HARTA KITA? Apakah niat kita? Adakah kita ingin niatkan untuk Sedekah? Baik. Adakah kita niatkan untuk Derma? Baik. Adakah kita niatkan untuk Hibah ? Baik.

TETAPI...adakah kita pernah terfikir, apakah jenis infaq kita yang dapat membantu kita dari Alam Kubur hingga ke Alam Akhirat? Sedekah? Bukan. Derma? Bukan. Hibah? Bukan. Hanya satu sahaja amalan infaq kita yang dapat membantu kita dari Alam Kubur hingga ke hari Akhirat adalah WAKAF.

Orang Tua-Tua pernah berkata, TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana sebelum ini saya hanya mengenali Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) hanya sebagai sebuah badan yang memberikan khidmat pemotongan gaji kakitangan kerajaan bagi tujuan pembayaran balik ansuran ke atas pinjaman, bayaran berkala kepada penyedia takaful ataupun syarikat pelaburan, bayaran percukaian dan lain-lain khidmat.

Rupa-rupanya khidmat mereka menjangkau lebih daripada itu. ANGKASA bukan sahaja memikirkan semata-mata terhadap soal keuntungan pendapatan yang diperolehi daripada komisen yang diterima sebagai agensi pemotongan gaji, malah turut menyediakan berbagai sumbangan yang lain kepada masyarakat seperti Wakaf Harta dan bimbingan kepada koperasi-koperasi di Malaysia menerusi penyediaan berbagai jenis kurusus buat Ahli Lembaga Koperasi sepanjang tahun.

Atas undangan daripada pihak ANGKASA, saya berpeluang untuk menghadiri Majlis Pewakafan dan Penyerahan Bangunan Wakaf di antara Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada 25hb September 2017 bertempat di Bangunan Wakaf, Uda Business Centre, Johor Bahru. Saya difahamkan pembelian bangunan rumah kedai 2 tingkat ini bernilai RM1.56 juta dan sebahagian daripada sumbangan wakaf ini didapati daripada sumbangan sebahagian kecil daripada yuran keahlian ANGKASA yang dibuat oleh kakitangan awam bagi tujuan mendapatkan khidmat pemotongan gaji. Mudah-mudahan infaq yang dibuat melalui cara Wakaf ini akan dikurniakan Allah SWT ganjaran yang berterusan buat pengurusan ANGKASA dan seluruh ahli-ahli ANGKASA.








Antara tetamu kehormat yang hadir ke Majlis penyerahan ini adalah YB Datuk Mutalip sebagai perasmi majlis, Mantan Mufti Negeri Johor YBhg Dato' Noh dan YBhg Datuk Mufti Negeri Johor.

Semoga usaha dan sumbangan yang murni yang dibuat oleh ANGKASA ini akan dapat dicontohi oleh badan-badan korporat yang lain dalam usaha menegakkan syiar Islam dan menambahkan lagi aset-aset wakaf di negara kita ini untuk kegunaan umat Islam itu sendiri

No comments:

Post a Comment