Thursday, 16 November 2017

Aktiviti Berkuda dan Memanah - Suatu Sunnah yang semakin ditinggalkan

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT yang telah memberikan kepada kami, ahli-ahli Koperasi Sawasa Pulai Berhad untuk menganjurkan Program Asas Menunggang Kuda dan Memanah yang telah diadakan pada 9hb September, 2017 di Equine Park, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Misi kami mengadakan program ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada ahli-ahli koperasi untuk menyelami Sunnah berkuda dan memanah dalam kehidupan Rasulullah SAW. Aktiviti berkuda dan memanah ini telah menjadi suatu sunnah yang semakin ditinggalkan oleh umat Islam akibat daripada propaganda masyarakat Barat bahawa kedua-dua aktiviti melibatkan perbelanjaan yang mahal.


Sangkaan ini meleset sama sekali kerana di Equine Park UTM Skudai, orangramai berpeluang untuk mengikuti kedua-dua aktiviti ini dengan kos yang sangat murah! Disamping itu juga orangramai berpeluang mendapatkan bimbingan daripada jurulatih dan pembantu yang cukup professional dan mesra.

Terus terang saya ingin mengatakan bahawa sepanjang usia saya yang telah menjejak tahun ke 45, inilah kali pertama saya menunggang kuda dan memegang busur dan mata panah. Secara umumnya saya memberikan lima (5) bintang kepada Pusat Equine UTM Skudai ini yang pada hemat saya telah memberikan perkhidmatan dan bimbingan yang sangat cemerlang kepada kumpulan kami, lebih-lebih lagi kami telah diberikan tunjuk ajar bagaimana teknik memanah mengikut sanad Rasulullah SAW.



Di antara hikmah yang boleh dipelajari daripada program ini adalah ;

- memahami peranan berkuda dan memanah sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam
- membuang perasaan takut dan gementar dalam kehidupan
- melatih keseimbangan badan (body balancing) ketika melakukan kedua-dua aktiviti
- melatih diri dalam kesabaran untuk berjaya
- menajamkan daya fokus individu
- melatih emosi dan fizikal untuk mencapai target


Tidak rugi untuk datang membuat latihan asas bagi kedua-dua aktiviti ini. Banyak perkara yang tersirat yang tidak dapat diceritakan berkenaan hikmah melakukan kedua-dua aktiviti ini. Yang pasti anda akan mendapat kepuasan dan merasai sendiri kelebihan sukan ini kepada kesihatan diri.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Semoga ramai anak muda yang melibatkan diri dalam aktiviti memanah :)

    ReplyDelete