Thursday, 28 December 2017

Pembinaan Jambatan dan Laluan Baharu dari Tanjung Bin ke Johor Bahru: Masa perjalanan dipendekkan menjadi setengah jam!


 Tempoh perjalanan dari Tg Bin ke Johor Bahru akan mengambil masa HANYA setengah jam! Satu lagi Projek yang akan membawa manfaat untuk Warga Johor.

Sebuah jambatan dan laluan baharu akan dibina dari Tanjung Bin di Serkat ke Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Johor Bahru dijangka akan disiapkan menjelang tahun 2020. Ini bakal menyaksikan jarak perjalanan di antara kedua-dua tempat itu akan dipendekkan daripada 50 kilometer kepada hanya 15 kilometer.

Butiran Projek

Projek pembinaan laluan baharu sepanjang 7.5 kilometer dan jambatan yang merentasi Sungai Pulai dianggarkan menelan kos bernilai RM650 juta. Projek berkenaan akan dibiayai sebahagian besar Kerajaan Persekutuan manakala sebahagian kecil akan dibiayai oleh anak syarikat MMC Corporation iaitu Seaport Worldwide Sdn Bhd. Dengan pembinaan laluan dan jambatan ini, tempoh perjalananan dari Kukup ke Wilayah Iskandar Puteri akan dapat dijimatkan dari satu jam kepada kira-kira setengah jam sahaja.


Manfaat kepada penduduk

Wilayah pembagunan Iskandar Puteri pada masa kini sedang dilimpahi dengan pembangunan. Dengan pembinaan laluan dan jambatan baharu tersebut, penduduk di kawasan DUN Kukup yang terletak dibawah Parlimen Tanjung Piai sudah pasti dapat merasai limpahan ekonomi kerana sudah pasti pembangunan ekonomi turut dapat diusahakan dengan lebih giat di kawasan Tanjung Piai. Ini adalah berdasarkan faktor jarak dan masa yang dapat dipendekkan, sekaligus dapat menarik lebih ramai pelabur kerana melihat Kukup dan Tanjung Piai akan lebih dekat dengan Singapura.

Pada ketika ini dan sejak sekian lama, penduduk di daerah Pontian terpaksa melalui Pekan Nanas untuk berulang-alik ke Johor Bahru dimana mereka terpaksa menempuhi laluan yang sesak terutama jika membuat perjalanan di waktu puncak.

Semoga kerajaan dapat terus membuktikan komited mereka dalam menyediakan kemudahan yang benar-benar memberi manfaat dan impak ekonomi kepada rakyat.


No comments:

Post a Comment