Saturday, 16 December 2017

Penggunaan Sistem Tiket Berpusat/CTS di Larkin Sentral



Bermula pada 15 Disember 2017, Larkin Sentral telah memulakan penggunaan Sistem Tiket Berpusat / 'Centralised Ticketing System', dimana pengguna boleh membeli tiket bas kesemua destinasi melalui Kaunter Jualan Manual, Kiosk Tiket dan juga secara online. Sistem Tiket Berpusat (CTS) ini bukanlah sesuatu yang baru di negara ini kerana ianya telah lama dilaksanakan di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Sistem ini dikatakan suatu sistem penjualan tiket yang inovatif dan terancang, sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk membeli tiket bas tanpa gangguan peraih tiket dan ulat tiket.


Dalam apa jua perubahan baik daripada segi sistem mahupun perundangan, setiap sesuatu perubahan pastinya ada pihak yang terpaksa membayar 'harga yg mahal' atau 'kehilangan' akibat perubahan tersebut. Saya menulis artikel ini dengan memandang daripada berbagai sudut sama ada dari sudut perspektif pengguna, operator mahupun peraih dan ulat tiket.

Apa yang dapat disimpulkan daripada pandangan saya sendiri, Sistem Tiket Berpusat ini direka dan dibangunkan oleh pihak operator dengan bantuan penguatkuasaan oleh agensi kerajaan iaitu SPAD Malaysia dengan harapan pengguna dapat membeli tiket melalui suatu sistem yg berteknologi dan berinovatif yg menawarkan suatu pembelian yang memenuhi kehendak/citarasa/gaya pengguna masa kini yg mementingkan mutu perkhidmatan syarikat bas merangkumi jadual berlepas yg tepat, harga tiket yg berpatutan serta kualiti bas yg disediakan. Manakala di kalangan pengusaha bas, sudah pasti dikalangan mereka akan wujud persaingan yang lebih sihat dimana kualiti dan mutu perkhidmatan akan dipertingkatkan lagi demi meraih keyakinan pengguna dan sudah pasti ingin menjadi jenama pilihan no 1 pengguna bagi meraih keuntungan kewangan dan mengukuhkan branding dalam jangka masa panjang.

Apa yang telah difahamkan, penggunaan sistem ini memberi keadaan 'win-win situation' di antara operator dan pengusaha dimana operator akan bertindak sebagai 'jurujual berpusat' dengan mendapat komisen jualan sebanyak RM2.00 bagi setiap transaksi jualan tiket walaupun jualan berlangsung di kaunter tiket pengusaha bas yang asal. Bagi para pengusaha, mereka mendapat kelebihan daripada penjualan tiket kerana penjualannya terbuka di semua kaunter dsn tidak tertumpu kepada kaunter tertentu sahaja seperti sebelum ini. Sistem ini juga dilihat mampu memberikan keuntungan yang lebih kepada pengusaha bas kerana dengan hanya 'mengorbankan' RM2.00, mereka akan mendapat pulangan yg jauh berbeza. Mengambil contoh jualan tiket bagi perjalanan JB-KL yang berharga RM35.00. Jika mengikut sistem sekarang, penguasa bas akan mendapat RM33.00 setelah ditolak RM2.00 komisen bagi setiap tiket. Berbanding dengan sistem terdahulu, ramai pengusaha bas menjual tiket berdasarkan sistem 'PAU' iaitu jualan 'seat' kepada orang tengah pada harga diantara RM22-RM23 bagi setiap tiket sahaja.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem ini juga akan mengakibatkan 'kehilangan' atau kerugian kepada pihak-pihak yg tertentu. Dengan penggunaan sistem bersepadu ini, secara rasminya karier sebagai seorang peraih tiket atau ulat tiket akan terkubur dengan sendirinya. Ya, setengah-setengah pihak mungkin akan meraikan 'kejayaan' kerana dapat melupuskan peraih tiket atau ulat tiket dimana perspektif masyarakat atau pengguna dan kerajaan menganggap dan melihat mereka-mereka ini sebagai menggangu pilihan, menjual tiket pada harga yang mahal dan perjalanan bas tidak mengikut waktu yg ditetapkan malah tidak dinafikan terdapat juga penipuan ke atas jualan tiket. Ya benar, memang terdapat beberapa kes penjualan tiket oleh ulat tiket telah menjadi isu nasional, namun beberapa kes yang menjadi perhatian utama pihak media ini hanya merangkumi beberapa individu yang mengakibatkan 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.

Ya benar, anda jangan terkejut jika saya maklumkan bahawa kebanyakan atau majoriti peraih tiket atau ulat tiket yang terdapat di Terminal Larkin ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang 'OTAI' yang telah menjadikan karier mereka sebagai peraih tiket atau ulat tiket selama berpuluh tahun bermula daripada zaman bujang, berkahwin, beranak dan seterusnya sehingga mempunyai cucu! Adakah wajar untuk kita melabelkan mereka-mereka ini sebagai penipu? Adakah wajar untuk kita menggelar diri mereka ini sebagai pengacau, zalim dan sebagainya? Bagaimana agaknya mereka terus bertahan begitu lama sebagai peraih tiket? Jangan terkejut juga jika saya katakan bahawa majoriti mereka-mereka ini adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. Sebetulnya tidak ada hak untuk kita mengecam karier mereka dengan sewenang-wenangnya. Kebanyakan mereka tidak pernah melakukan sebarang perlanggaran etika ketika menjual tiket, malah dengan penggunaan sedikit skill memujuk drp kata2, mereka kini telah mempunyai himpunan pelanggan yang tersendiri.

Dengan kewujudan Sistem Penjualan Tiket Bersepadu ini,  nampaknya karier mereka sebagai peraih tiket atau ulat tiket sudah pasti terkubur dalam tempoh yang terdekat ini. Saya bukan menulis dengan niat untuk 'membela' nasib peraih tiket atau ulat tiket ini, namun sebagai seorang manusia biasa, saya melihat kehilangan pendapatan akibat perubahan sistem ciptaan manusia merupakan suatu ketidakadilan yang nyata. Siapakah atau pihak manakah yang boleh membela nasib golongan ini? Adakah UMNO? Atau adakah pemimpin masyarakat setempat? Kementerian? ADUN? Ahli Parlimen? Badan2 NGO? Sila nyatakan jika ada.

Penipuan boleh berlaku dimana-mana sahaja sektor yang membabitkan kewujudan pengguna. Namun saya suka memandang dan meninjau daripada sudut yang paling positif dalam sesuatu perkara. Mengambil kira isu peraih tiket ataupun ulat tiket ini, saya melihat kesamaan peranan mereka sebagai seorang agensi atau wakil untuk sesebuah syarikat. Dalam sesuatu organisasi yang besar seperti syarikat Insurans dan Takaful mahupun kepada syarikat yang kecil yang menjual produk kepenggunaan, strategi pemasaran tidak boleh bergantung hanya semata-mata kepada 'walk-in customer' tanpa diwujudkan suatu saluran agensi bagi menguasai sektor pasaran tertentu. Saya melihat situasi dimana peraih tiket atau ulat tiket ini boleh di'halalkan' dan dinaik taraf dengan kewujudan satu saluran agensi untuk mereka-mereka ini dilantik sebagai wakil jualan ataupun pegawai pemasaran bagi semua penguasaha bas. Sebenarnya peranan mereka langsung tidak boleh dinafikan selama ini sebagai penyelamat ataupun wakil jualan tidak langsung yang berperanan menarik pelanggan untuk membeli tiket dan seterusnya dapat menampung kekurangan jualan dan penumpang dalam satu-satu destinasi perjalanan. Peranan mereka selama inilah yang menjadikan pengusaha bas jarang-jarang mengalami kerugian akibat kekurangan penumpang dan seterusnya menjana keuntungan yang berterusan bagi pihak pengusaha.

Tidak dinafikan kebaikan penggunaan sistem ini terhadap pengguna, namun sedikit ruang, peluang atau keterbukaan harus juga diberikan peraih tiket atau ulat tiket ini untuk mendapatkan peluang perniagaan dan membina kerjaya bukannya membunuh masa depan dan punca pendapatan mereka. Adakah operator pasti dengan penggunaan sistem ini dapat menjamin penjualan tiket yang laris tanpa bantuan mereka-mereka ini? Adakah pengusaha dapat menjamin jualan tiket bagi bas-bas mereka dapat dihabiskan sebelum waktu perjalanan yg ditetapkan tanpa bantuan ulat tiket?

Tidak salah membuat sesuatu perubahan, namun jika perubahan disertai pula dengan penambah baikkan dalam pelaksanaan, sudah pasti dengan hanya sedikit sentuhan ianya akan membawa kebaikan untuk semua pihak!


5 comments:

  1. Pernah sampai johor pernah naik bus kat larkin tu.. Ada perubahan sistem macam memudahkan la nanti orang jb menggunakan nanti ni..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, setiap perkara baru diperkenalkan ni ada baik buruknya... Tapi rasanya pengguna kurang risiko ditipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En Zumal kerana sudi ziarah dan meninggalkan ulasan.☺☺

      Delete
    2. Terima kasih En Zumal kerana sudi ziarah dan meninggalkan ulasan.☺☺

      Delete
    3. Terima kasih En Zumal kerana sudi ziarah dan meninggalkan ulasan.☺☺

      Delete