Saturday, 16 December 2017

Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Perpaduan Umat Islam Di Malaysia

Beberapa pertubuhan dan persatuan NGO telah mengadakan suatu sessi dialog bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor di Kompleks Islam Negeri Johor. Dalam sessi tersebut, suatu perbincangan secara tertutup telah diadakan bersama dengan Mantan Mufti Negeri Johor, YBhg Dato' Haji Noh bin Gadut. Turut hadir YBhg S.S Dato' Haji Mohd Tahrir, Mufti Negeri Johor dan YBhg Tuan-Tuan Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Johor.


Tujuan diadakan sessi dialog ini adalah untuk menyuarakan tentang kebimbangan masyarakat Islam negeri Johor khasnya berkenaan ancaman aliran Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu fahaman Salafi Wahhabi yang ingin menubuhkan sebuah Institusi di negeri Johor bagi memperluaskan fahaman dan ajaran mereka di negeri ini. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh beberapa buah pertubuhan dan persatuan agama dan kami daripada Koperasi Sawasa Pulai Berhad turut menyertai sessi dialog ini dan menunjukkan bantahan secara aman di perkarangan Kompleks Islam Negeri Johor.




Buat pengetahuan para pembaca, Negeri Johor dan Pahang merupakan diantara negeri yang tegas didalam menyekat kemasukan penceramah yang mempunyai fahaman Wahhabi dimana  kebanyakan mereka merupakan penceramah-penceramah terkenal dan berasal daripada negeri utara tanahair.


Sebenarnya, Kerajaan Negeri Johor pada 16 Februari 2015 telah mengharamkan kemasukan atau sebarang aktiviti penceramah yang mempunyai pengaruh fahaman Wahhabi, Syiah atau yang menyimpang daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Ini adalah selaras dengan  keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia seperti dibawah:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 106 yang bersidang pada 21-22 Oktober telah memperakukan dan memutuskan bahawa dari segi perundangan Ahli Sunnah Waljamaah adalah Mazhab Rasmi Negara Malaysia dan Aliran Syiah serta Salafi Wahhabi pada masa kini tidak selari dengan arus perdana Ahli Sunnah Wal Jamaah, dimana kedua-dua aliran pemikiran ini boleh mendatangkan perbalahan dan perpecahan kepada masyarakat Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment