Saturday, 16 December 2017

RELA - Mengenali Fungsi dan Tugas Anggota RELA

Pada bulan 24 September, 2017 yang lalu, saya telah mengambil keputusan untuk mengikuti Kursus Pengenalan RELA Siri 3/2017 yang bertempat di Dewan Parit Semerah, Pontian. Tujuannya adalah untuk mengenali lebih lanjut tentang fungsi dan skop tugasan anggota RELA. Diantara aktiviti didalam kursus tersebut adalah :
  1. Taklimat berkenaan penubuhan dan fungis RELA
  2. Penerangan berkenaan skop tugasan Anggota RELA
  3. Penerangan tentang kelebihan menjadi Anggota RELA
  4. Taklimat berkenaan prosedur kawalan keselamatan lalulintas dan orangramai ketika bertugas
  5. Taklimat berkenaan jenis-jenis Uniform RELA dan tatacara pemakaiannya.
  6. Latihan Asas Berkawad
Memimpin Bacaan Doa Pembuka Majlis


Mengikuti Taklimat



Latihan Asas Berkawad



Tetamu Kehormat 


Sessi Bergambar beramai-ramai



Sejarah Penubuhan RELA

Dari sudut sejarah tanahair, tertubuhnya pasukan sukarelawan masyarakat berasaskan daripada penubuhan Home Guard atau Pengawal Kampung bagi tujuan menjaga keselamatan setempat apabila darurat berlaku pada tahun 1948. Bagaimanapun angkatan ini telah dibubarkan setelah tamatnya tempoh darurat pada 31 Julai 1960.

Namun begitu, angkatan sukarelawan ditubuhkan sekali lagi apabila negara menghadapi ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965 bagi membantu agensi keselamatan negara menangani pendaratan dan penyusupan masuk pihak Indonesia yang ingin mengancam keselamatan negara. Pasukan ini juga kemudiannya dibubarkan pada tahun 1965 setelah tamat konfrontasi berkenaan.

Insiden 13 Mei 1969 dimana pergaduhan antara kaum berlaku telah menyedarkan kembali pemimpin-pemimpin negara pada waktu itu tentang pentingnya diwujudkan kembali pasukan sukarela. Cadangan telah dibuat oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri untuk menubuhkan pasukan sukarela yang berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan pada ketika itu.

Akhirnya pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA dibawah Seksyen 2 Aktaa (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal dibawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat) Pindaan 2005.

Pada 20 Mac 1999, YAB Tun Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika itu beliau menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan falsafah RELA yang baru yang mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

Di antara Fungsi dan Tugas RELA adalah seperti berikut:
  • Sebagai 'Mata dan Telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
  • Sebagai Duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan
  • Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
  • Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

No comments:

Post a comment