Friday, 5 January 2018

Pakej Percutian Menarik di Lotus Beach Resort & Spa Desaru


Pengenalan

Lotus Desaru Beach Resort & Spa merupakan sebuah penginapan tepi pantai yang terkenal dikalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Terletak di pantai timur daerah Kota Tinggi, Negeri Johor, perjalanan menuju kesana kini lebih pantas dengan dihubungkan dengan Lebuhraya Senai-Desaru (E22).

Daripada sudut pandangan luar bangunan, kelihatan seolah-olah mengguna konsep istana dalam cerita dongeng kanak-kanak dan sudah pasti kanak-kanak serta orang dewasa turut terpesona bermula ketika mula memandu masuk dengan disambut oleh panorama keindahan tumbuhan semulajadi serta pemandangan sekeliling yang menarik.

Lotus Desaru Beach Resort & Spa sangat bersesuaian untuk apa jua bentuk percutian individu, berkeluarga dan berkumpulan, mesyuarat dan seminar, majlis perkahwinan, sukaneka dan juga hari keluarga.

Kemudahan

Mengandungi lebih 700 unit berbagai jenis apartment yang sangat selesa dan menawan, kemudahan berbagai sukan dan fasiliti, taman tema air yang hebat, hidangan makanan daripada citarasa kegemaran Malaysia dan antarabangsa yang lazat dan segar terus dari dapur, kemudahan urut dan spa yang memberikan kerehatan kepada badan, jiwa dan minda, kemudahan bilik mesyuarat dan seminar untuk berbagai aktiviti syarikat serta kemudahan dewan ballroom untuk jamuan makan tahunan ataupun majlis perkahwinan. Selain daripada itu terdapat juga kemudahan sukan untuk ping pong didalam bangunan, acara memanah, team building dan aktiviti sukan luaran, paintball, mesin hiburan, sukan pantai dengan menaiki jet ski dan 'menunggang bot pisang' dan hiburan nyanyian malam dan acara BBQ dan banyak lagi,..





Pengalaman Penulis

Kami di Koperasi Sawasa Pulai Berhad telah berkesempatan untuk menginap dan menggunakan berbagai kemudahan disana sermpena mengadakan Hari Keluarga dan Jamuan Malam Tahunan bagi 2017. Berbagai acara juga telah diadakan seperti acara sukan tarik-tali, bolasepak, pakaian terbaik dewasa dan kanak-kanak, kerusi beracun, cabutan nombor bertuah dan lain-lain.

Sekitar gambar-gambar kenangan di Lotus Beach Resort & Spa






2 comments:

  1. Tak pernah sampai lagi kat sini hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai lagi!kalau ada rezeki boleh singgah desaru!

    ReplyDelete