Tuesday, 16 January 2018

Panduan Untuk Menubuhkan dan Mendaftarkan Koperasi


PENGENALAN

Koperasi adalah suatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di tempat masing-masing bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan panduan untuk menubuhkan dan mendaftarkan sesebuah koperasi.

PANDUAN AM UNTUK MENUBUHKAN DAN MENDAFTARKAN KOPERASI

Berikut disenaraikan tentang Panduan Am yang boleh dirujuk dan digunakan sebagai persediaan untuk menubuhkan dan mendaftarkan sesebuah koperasi ;

A. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi


1. Bentuk tiga (3) orang untuk menjadi Jawatankuasa Penaja Awal.
2. Bincangkan dua (2) nama pilihan koperasi, fungsi dan aktiviti yang hendak dibuat.
3. Masuk ke halaman www.skm.gov.my



4. Pilih menu Perkhidmatan Dalam Talian, klik Permohonan Penubuhan Koperasi.





















5. Daftar Pengguna baru (Individu). Masukkan maklumat ketiga-tiga orang Jawatankuasa Penaja,
6. Nama pilihan koperasi, fungsi dan aktiviti ekonomi yang hendak dijalankan.
7. Klik Hantar permohonan.
8. Hubungi Pegawai SKM untuk pemberitahuan tentang permohonan yang telah dibuat dalam talian
9. Menunggu kebenaran daripada pihak SKM untuk menubuhkan koperasi

B. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP)


Setelah mendapat kebenaran daripada pihak SKM untuk menubuhkan koperasi, suatu Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) hendaklah diadakan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh surat kelulusan menubuhkan koperasi daripada pihak SKM. Mesyuarat perlu mengadakan perkara-perkara yang berikut ;

1. Menghantar satu notis pemberitahuan kepada pihak SKM tentang penetapan tarikh Mesyuarat Agung Permualaan (MAP).
2. Mengundang Pegawai SKM untuk memberikan sessi penerangan Pengenalan Berkoperasi didalam MAP kepada bakal-bakal anggota.
3. Memastikan kehadiran minimum sekuran-kurangnya 50 orang bakal anggota koperasi
4. Menerangkan aktiviti-aktivit yang akan dilaksanakan oleh koperasi
5. Melantik seorang Pengerusi Mesyuarat
6. Membuat lantikan Ahli Lembaga Koperasi sekurang-kurangnya 9 orang dan maksimum 15 orang daripada kalangan ahli melalui undian sebulat suara oleh bakal-bakal anggota. Mesti mempunyai pencadang, penyokong dan penutup cadangan.
7. Membentangkan Undang-undang kecil koperasi yang diseragamkan oleh SKM



C. Menghantar Permohonan Mendaftarkan Koperasi

Dalam tempoh tidak lewat daripada satu bulan selepas Mesyuarat Agung Permulaan diadakan, permohonan untuk mendaftarkan koperasi mestilah dibuat kepada pihak SKM dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang berikut ;

1. Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi (Jadual Pertama)
2. Minit Mesyuarat Agung Permulaan
3. Maklumat bakal anggota yang mengandungi Nama, No Kad Pengenalan, Pekerjaan dan Tandatangan untuk sekurang-kurangnya 50 orang.
4. Undang-Undang Kecil koperasi
5. Maklumat Tambahan (Lampiran B)
6. Fi pendaftaran sebanyak RM100.00 dengan menggunakan wang pos/bank deraf atas nama Kumpulan Wang Operasi SKM.

D. Menunggu kelulusan pendaftaran koperasi ;

Setiap permohonan untuk pendaftaran koperasi akan diproses oleh SKM melalui tiga (3) peringkat iaitu di peringkat Wilayah, Negeri dan Ibu Pejabat. Selepas diluluskan pihak koperasi akan dikurniakan Sijil Pendaftaran yang mengandungi No. Pendaftaran, Nama Koperasi dan Alamat Operasi.

Selepas daripada mendapat kelulusan pendaftaran, barulah koperasi boleh membuka akaun bank dan mengutip Fi/Yuran Masuk keahlian dan Syer Anggota.

PENUTUP

Semoga panduan yang serba ringkas ini dapat membantu kumpulan orang-orang yang ingin menubuhkan sebuah koperasi dan jika terdapat pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Pegawai SKM Wilayah yang dilantik untuk mendapatkan khidmat nasihat dan penyelesaian sebarang kemusykilan.

No comments:

Post a Comment