Saturday, 6 January 2018

Singgah Gerai Makan Azizah Udang Galah Kuala Rompin, Pahang

Assalamualaikum wbt.

Tiba-iba teringat pulak si Udang Galah! Jadi teringat jugalah kisah ini yang berlaku dah lama jugak, iaitu kalau tak silap pada tanggal 22 Mac 2107 yang lalu. Sengaja saya nak tulis, bukan dapat bayaran pun, tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman pertama kali singgah di Gerai ini. Pada masa tersebut kami dalam program bermusafir ke pantai timur dari Johor Bahru dan berhenti berehat disini untuk solat jamak Isyak dan Maghrib, buang apa yang patut dan yang penting nak mengisi perut yang tersangat lah lapar.

Nak tahu apa menu yang kami order? Nasi putih, Udang Galah Saiz A Masak Lemak, Udang Galah saiz B Goreng Butter, Udang Galah saiz B Masak Sambal, Telur Dadar dan Sayur Kailan. Bila dah siap hidangannya seperti gambar dibawah ini


Nak tahu tak kami order berapa set? Empat set untuk makan lebih kurang dalam 17 orang. Tak percaya?




Agak-agak korang, berapakah jumlah yang dibayar untuk menu seperti ini termasuk air minuman? Hanya RM780.00. Murah ke mahal? Pada saya ok aje pasal kawan yang belanja. Apa-apa pun saya rasa harganya sangat berpatutan dan munasabah. Kalau dikira purata pun lebih kurang seorang dalam RM45+. Mana dapat weeii makan udang galah segar kat JB pada harga tu. 

Dah. Pendek sahaja entry saya kali ini. Sekadar berkongsi cerita. Yang penting rasanya tidak menghampakan! Boleh singgah dan selamat mencuba!


6 comments:

  1. WOW udang galah mesti sedap da fresh kan..murah tu makan ramai2

    ReplyDelete
  2. macam saya yang bukan orang ada2 ni rasa mahal..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Owh RM45 sorang, Zumal telan air liur je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nasib baik kawan belanja ☺☺☺

      Delete
  4. telan air liur SA baca dan tgok harga..bestnya udang galah...

    ReplyDelete
  5. RM45 seorang , makan udang galah fresh, bagi saya amat berbaloi jugak. Tengok harga total tu memang terbeliak mata, tapi makan ramai-ramai agak berbaloilah harga tu. Saya suka kepala udang galah :)

    ReplyDelete