Monday, 22 January 2018

Buffet Dinner di Puteri Cafe Johor Bahru


Pengenalan

Puteri Cafe merupakan tempat yang ideal untuk diadakan perbincangan berkenaan perniagaan ataupun perjumpaan sosial bagi meraikan majlis ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan juga reunion bagi mana-mana perkumpulan dan individu.

Puteri Cafe terletak di aras Lobby Hotel The Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. Terdapat berbagai jenis menu yang mewakili citarasa tempatan dan antarabangsa. Restoran ini beroperasi setiap hari bermula jam 6.30 pagi sehingga 10.30 malam. Bagi menyesuaikan masa,kehendak dan citarasa berlainan pelanggan, Puteri Cafe ini menyediakan hidangan berbentuk Buffet dan A La Carte.

Pengalaman Penulis

Penulis pernah beberapa kali menjejakkan kaki ke Puteri Cafe ini dan pernah menikmati kedua-dua jenis hidangan iaitu A la carte dan Buffet. Bagi pendapat penulis, kedua-dua pilihan hidangan mempunyai menu-menu yang menyelerakan dan berpatutan daripada segi harga dan suasana yang selesa didalam cafe tersebut. Lebih-lebih lagi penulis memang gemarkan beraneka jenis pilihan menu yang merangkumi citarasa tempatan dan antarabangsa.

Penulis ingin berkongsi tentang pengalaman menjamu selera di Puteri Cafe ini pada hari ulangtahun kelahiran penulis sendiri yang diraikan bersama isteri. Pada ketika itu kami memilih untuk mencuba BBQ & Steamboat Buffet Dinner. Untuk pengetahuan pembaca, BBQ & Steamboat Buffet Dinner ini HANYA disediakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam. 



Ruang Makan

Puteri Cafe ini menyediakan ruang makan yang luas yang disusun dengan meja dan kerusi dengan kedudukan yang sangat teratur, menjadikan pemandangan didalam cafe berkenaan sangat mendamaikan. Pelanggan boleh memilih sudut yang bersesuaian dengan kehendak hati sama ada perlukan ruang yang lebih privasi ataupun untuk melihat pemandangan luar yang menarik. Dan yang paling utama susun aturnya menampakkan ciri-ciri eksklusif.



Pakej BBQ & Steamboat Buffet Dinner

Harga bagi Pakej BBQ & Steamboat Buffet Dinner ini adalah RM110+ untuk dewasa dan RM65+ untuk kanak-kanak. Berbagai aneka pilihan makanan yang disediakan merangkumi menu BBQ, Steamboat, Nasi Campur dengan berbagai pilihan lauk-pauk, desert yang terdiri daripada kuih-muih dan kek yang beraneka jenis, hidangan pencuci mulut seperti ABC dan bubur serta pilihan minuman panas dan sejuk.

Terus terang penulis mengatakan bahawa semua hidangan ini adalah menyelerakan, tetapi perlu diakui tidak semuanya dapat dirasai kerana perut sudah sarat dipenuhi dengan makanan-makanan yang lain.

Bagi hidangan BBQ, Puteri Cafe menyediakan Sate Ayam dan Daging, Udang, Kambing, Ayam, Kupang dan...lupa dah. Pembantu Cafe akan bersedia membantu anda 'membakar' juadah pilihan anda dengan layanan yang mesra dan senyum selalu.

Bagi hidangan Steamboat, Puteri Cafe menyediakan Udang, Kupang dan yang penting ada Oyster yang sudah tentu ianya sukar didapati dan mahal jika ingin membelinya di luar.

Nasi putih pula dihidangkan dengan lauk-pauk citarasa tempatan seperti Udang masak lemak, ikan duri kalau tak silap masak asam pedas, ayam black pepper, isi ikan masak sweet & sour dan banyak lagi.

Hidangan desert tak usah cerita lah, macam-macam ada, sampai tak termakan semuanya. Memang berbaloi-baloi dengan jumlah wang yang dibelanjakan.













Penutup

Sekiranya anda berada di Johor Bahru dan tercari-cari dimana untuk mendapatkan pakej buffet yang terbaik, boleh berkunjung dan mencuba di Puteri Cafe. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan dan menjadi info yang berguna kepada pembaca.















2 comments: