Sunday, 4 February 2018

EduCity Iskandar Puteri | Peneraju Gedung Ilmu dan Hab Pendidikan Negara


Pendahuluan

Pada ketika ini, Negeri Johor sedang berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah sebuah destinasi ilmu dan hab pendidikan negara. Cabaran untuk mempersiapkan modal insan yang mempunyai taraf akedemik yang tinggi bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan berkualiti bagi memacu kejayaan negara pada masa akan datang.

Berdasarkan keperluan itu, terdapat dua (2) projek pembangunan untuk menyediakan bangunan dan infrastruktur untuk kemudahan pembelajaran, peralatan dan kelengkapan secara fizikal serta kemudahan gunasama di dua lokasi yang berbeza iaitu EduCity di Wilayah Iskandar Puteri dan Bandar Universiti Pagoh yang lebih dikenali sebagai Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Penulis pernah menulis sebuah artikel berkenaan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, oleh yang demikian kali ini penulis lebih ingin menceritakan pula berkenaan dengan pembangunan Educity

EduCity

Pembangunan EduCity diterajui oleh Iskandar Investment Berhad melalui anak syarikatnya EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd. EduCity dibangunkan di tengah-tengah kawasan Iskandar Puteri yang berkeluasan kira-kira 305 ekar dan mempunyai sembilan buah institusi pendidikan, perkampungan pelajar dan sebuah kompleks sukan serbagunan, termasuk dua buah sekolah antarabangsa yang terletak di luar kawasan kampus.


EduCity menggunakan konsep satu kampus dengan berbagai institusi pengajian di bawah satu bumbung, ianya merupakan konsep yang seumpamanya di Asia. EduCity merupakan hab pendidikan bersepadu yang diiktiraf sebagai Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekomomi Utama Negara (NKEA) yang merupakan salah satu daripada dua belas bidang yang diberi keutamaan dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Institusi-institusi pendidikan dan pengajian yang terdapat dalam EduCity merupakan yang tersohor dan berprestij di dunia. Berikut dinyatakan butiran dan info yang berkaitan dengan institusi-institusi yang tersebut;

1. University of Southampton Malaysia Campus (USMC)


Lokasi dan maklumat :

Alamat : No 3, Jalan Canselor 1, Kota Ilmu Educity @ Iskandar,
79200 Iskandar Puteri, Johor
No Tel : +6075602560
No Fax : +6075602561
Email : marketing.malaysia@southampton.ac.uk
Website : www.southampton.ac.uk/my

Program/Kursus yang ditawarkan ;

  • Engineering Foundation Year
  • Master of Engineering (Aeronautics and Astronautics)
  • Master of Engineering (Electrical and Electronic Engineering)
  • Master of Engineering (Mechanical Engineering)

2. Multimedia University (MMU)



Lokasi dan maklumat :

Alamat : No 5, Persiaran Canselor 1, Kota Ilmu, Educity @Iskandar
79200 Iskandar Puteri, Johor.
No Tel : +6075092177
Email : info@mmu.edu.my
Website : fca.mmu.edu.my

Program/Kursus yang ditawarkan :

  • Bachelor of Cinematics Arts

3. University of Reading Malaysia (UoRM)



Lokasi dan maklumat :

Alamat : PTD 154972 Persiaran Graduan, Kota Ilmu Educity
79200 Iskandar Puteri, Johor
No. Tel : +6072686200
No. Fax : +6072211762
Email : my.enquiry@reading.edu.my
Website : www.reading.edu.my

Program/Kursus yang ditawarkan :

  • Foundation in Business
  • Foundation in Science
  • Bachelor of Science (Finance & Business Management)
  • Bachelor of Arts (Management and Business)
  • Bachelor of Science (Accounting & Finance)*
  • Bachelor of Laws (LLB)*
  • Bachelor of Science (Quantity Surveying)
  • Bachelor of Science (Real Estate)
  • Bachelor of Pharmacy*
  • Master of Pharmacy*
  • Bachelor of Science (Psychology)
  • Master of Science (Investment Banking & Islamic Finance)*
  • Master of Science (International Securities, Investment & Banking)*
  • The Henley MBA
  • Master of Laws (LLM) (Oil & Gas Law)*
  • Master of Laws (LLM) (International Commercial Law)*
  • Master of Science (Construction Management)*
  • Mater of Science (Real Estate)*
  • Master of Science (Res) (Pharmacy Practice)*
  • Master of Science (Res) (Cellular and Molecular Neuroscience)*
* subject to MOE approval


4. Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed)




Lokasi dan maklumat :

Alamat : No 1, Jalan Sarjana 1, Kota Ilmu, Educity @Iskandar
79200 Iskandar Puteri, Johor
No Tel : +6075553800
No Fax : +6075553888
Email : enquiries@ncl.edu.my
Website : www.ncl.ac.uk/numed

Program/Kursus yang ditawarkan :

  • Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) Honours
  • Bachelor of Science (Biomedical Sciences) Honours
  • Foundation Certificate in Biological and Biomedical Sciences
  • Master in Clinical Research
  • Master of Science (Oncology) (MSc, PG Dip)
  • Master of Science (Palliative Care) (MSc, PG Dip)
  • Master of Science (Oncology for the Pharmaceutical Industry) (MSc, PG Dip)
  • PG Certificate in Cancer Studies
  • Certificate in Medical Education (PG Cert)

5. Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT)




Lokasi dan maklumat :

Alamat : Level 11-14, Kotaraya Office Tower
Galleria Kotaraya, Jalan Abdullah Ibrahim
80000 Johor Bahru, Johor
No Tel : +6072182020
No Fax : +6072271818
Email : enquiry@nmit.edu.my
Website : www.nmit.edu.my

Program/Kursus yang ditawarkan :

  • Diploma in Maritime Transportation Management
  • Diploma in Port Management
  • Diploma in Shipping Management
  • Diploma in Maritime Law
  • Diploma in Offshore Maritime Operations
  • Diploma in Maritime Health, Safety, Security & Environmental Management
  • Diploma in Maritime Entrepreneurship
  • Diploma in Maritime Officer (Deck)
  • Diploma in Maritime Officer (Engineering)

6. Management Development Institute of Singapore (MDIS)




Lokasi dan maklumat

Alamat : Level 17, Johor Bahru City Square (Office Tower)
108, Jalan Wong Ah Fook
80000 Johor Bahru, Johor.
No Tel : +6072072601
Email : info@mdis.edu.my
Website : www.mdis.edu.my

Program/Kursus yang ditawarkan :

  • Diploma in Business Management
  • Diploma in International Business
  • Diploma in Accounting
  • Diploma in Marketing
  • Diploma in Information Technology
  • Diploma in Information Technology (Digital Media)
  • Diploma in Mass Communication
  • Diploma in Tourism Management
  • BA (Hon) Business Management - University of Wolverhampton (UK)
  • BA (Hon) International Business Management - University of Wolverhampton (UK)

7. Raffles University Iskandar, Malaysia (RUI)

 Lokasi dan maklumat :

Alamat : Unit #09-01, Level 9, Menara Kotaraya
Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor
No Tel : +6072778868
No Fax : +6072778878
Email : enquiry@raffles-university.edu.my
Website : www.raffles-university.edu.my

Program/Kursus yang ditawarkan :

  • Foundation in Business
  • Foundation in Liberal Arts
  • Diploma in Business Studies
  • Diploma in Interior Design
  • Diploma in Visual Communication
  • Bachelor of Fashion Design (Honours)
  • Bachelor of Interior Design (Honours)
  • Bachelor of Graphic Design (Honours)
  • Bachelor of Multimedia Design (Honours)
  • Bachelor of Business Administration (Honours)
  • Bachelor of Accountancy (Honours)
  • Bachelor of Applied Psychology (Honours)
  • Bachelor of Supply Chain Management (Honours)
  • Master of Business Administration

8. Malborough College Malaysia (MCM)





Malborough College Malaysia (MCM) merupakan sebuah Sekolah Antarabangsa British yang memberi pilihan kepada pelajar untuk tinggal di asrama ataupun secara ulang-alik harian seperti sekolah biasa yang lain. Sekolah ini menyediakan pendidikan untuk berbagai kategori umur iaitu Pra-Sekolah untuk murid-murid berumur di antara 3-4 tahun, Sekolah Persediaan (Preparatory School) - Asrama dan sekolah harian untuk murid-murid berumur di antara 4-12 tahun dan Sekolah Senior untuk pelajar yang berumur di antara 13-18 tahun







9. Raffles American School (RAS)



Raffles American School (RAS) merupakan sebuah sekolah antarabangsa yang menyediakan pendidikan mengikut empat kategori umur iaitu ;

  • Pre-Kindergarten (Umur 3-4 tahun)
  • Elementary School (Umur 5-10 tahun)
  • Middle School (Umur 11-13 tahun)
  • High School (Umur 14-17 tahun)

Sekolah ini menerapkan unsur-unsur 'Problem Solving' dan 'Thinking Skills' dalam mendidik dan mengajar murid-murid dalam pembelajaran.

Kemudahan Tempat Tinggal Pelajar

EduCity telah membangunkan kemudahan tempat tinggal kepada para pelajar terpilih yang mengikuti pengajian di Institusi-instutusi pendidikan yang menawarkan Program/Kursus 'Undergraduate' dan 'Postgraduate'. Penginapan yang disediakan adalah dalam bentuk kemudahan apartment yang dipanggil sebagai 'Student Village'.


Kemudahan Kompleks Sukan

Didalam EduCity ini telah dibina kemudahan kompleks sukan yang mengandungi sebuah mini stadium dengan kemudahan acara padang dan trek untuk kegunaan para pelajar yang menuntut pengajian di hab pendidikan EduCity.





Penutup

Adalah disasarkan seramai 16,000 pelajar akan mengikuti pengajian di EduCity menjelang tahun 2025. Kelak EduCity bakal menjadi pembekal tenaga pekerja professional dan terlatih khususnya kepada syarikat-syarikat gergasi di Negeri Johor dan negara Malaysia amnya. Bukan itu sahaja, EduCity turut menarik kehadiran pelajar-pelajar dari beberapa buah negara yang lain dan secara tidak langsung kebudayaan dan sosial di negeri ini juga akan terus meningkat.


2 comments:

  1. Wah, bangganya melihat kewujudan EduCity ni. Universiti ternama dunia pun buka kampus di sini. Hebatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En Zumal kerana sentiasa mengikuti dan menyokong penerbitan artikel di blog saya. Dah lama ingin saya kongsikan berkenaan Educity ini cuma tak berkesempatan. Memang hebat perancangan utk menjadikan EduCity ini sebagai pusat pendidikan setempat. Saya turut tumpang bangga dengan pembangunan ini.

      Delete