Sunday, 14 October 2018

Takaful Perjalanan/Travel Insurance : Teman Karib Ketika Anda Mengembara!


PENDAHULUAN

Saya rasa terpanggil untuk menulis secara ringkas berkaitan dengan produk Takaful Perjalanan atau Travel Insurance setelah mengikuti sebuah cerita daripada seorang sahabat yang dikongsikan di Facebook juga merangkap rakan blogger iaitu Yang saya muliakan Tuan Haji Amir Hassan selaku Founder bagi blog Denaihati Network.

Beliau telah mengalami kesulitan ketika berkunjung di London baru-baru ini akibat kehilangan wallet dan passport menyebabkan beberapa barangan lain turut hilang seperti kad kredit, kad debit, kad ATM, Lesen Memandu dan beberapa barangan peribadi yang lain. Berikutan dengan kejadian itu, beberapa urusan lain terpaksa diuruskan seperti penjadualan semula tiket perjalanan balik dan penginapan. Mujurlah urusan beliau dipermudahkan Allah melalui bantuan sahabat-sahabat beliau disana.

Lebih kurang 14 tahun yang lalu, saya pernah menjawat jawatan sebagai seorang Eksekutif di Tokio Marine Insurans (M) Berhad dalam unit Marketing dan di antara skop tugasan saya adalah untuk mempromosikan produk Travel Insurance. Pantang sahaja dengar ada individu atau kumpulan yang ingin melakukan perjalanan, tidak kiralah sama ada perjalanan mereka domestik atau antarabangsa, pasti saya akan mendapatkan temujanji bagi menerangkan tentang manfaat berkenaan Travel Insurance untuk dijadikan sebagai 'Teman Karib' bagi sama-sama mengiringi perjalanan tersebut.

KENAPA PERLU  AMBIL TRAVEL INSURANCE ATAU TAKAFUL PERJALANAN?

Kita sebagai manusia tidak dapat meramal atau menentukan apa jua perkara yang akan terjadi walaupun dalam tempoh sekadar sekelip mata. Kita merancang dan berdoa supaya kita terselamat daripada bahaya, namun terlaksana atau tidaknya rancangan kita, ditentukan oleh Allah SWT. 

Dalam semua keadaan, setiap individu terdedah kepada 'Risiko' yang ditakrifkan sebagai kemungkinan menemui bahaya, kerugian atau kehilangan. Di antara kaedah untuk menangani risiko adalah dengan cara 'memindahkan risiko' tersebut. Lazimnya pemindahan risiko adalah melalui 'Kontrak Insurans'.

Apabila melakukan sesuatu perjalanan, kita sentiasa terdedah kepada peril-peril yang menjadi penyebab terjadinya kerugian. Apabila berlaku peril, berkemungkinan harta musnah atau hilang atau kehilangan nyawa dan kecederaan. Sebarang kehilangan harta atau nyawa sudah tentu akan menyebabkan kerugian kewangan.


Di negara ini, terdapat berbagai syarikat Takaful dan Insurans yang menawarkan produk Takaful Perjalanan atau Travel Insurance. Produk ini boleh dibeli dengan caruman yang dibayar sekaligus manakala manfaatnya boleh didapati untuk jangka masa setahun ataupun mengikut bilangan hari perjalanan. Manfaat-manfaat yang ditawarkan didalam polisi produk ini adalah berbeza-beza diantara sebuah syarikat dengan sebuah syarikat yang lain, namun terdapat ciri-ciri asas yang hampir sama iaitu manfaat kemalangan diri, kesulitan dalam perjalanan seperti kerosakan kepada bagasi, pembatalan perjalanan, bantuan perubatan serta liabiliti peribadi.

Bagaimanapun saya ingin menyarankan supaya bakal pelanggan terlebih dahulu membaca dan memahami segala apa terma, syarat dan manfaat yang diberikan sebagaimana yang diterangkan dalam helaian info produk agar selaras dengan manfaat yang kita perlukan sebelum membuat keputusan membeli dan menandatangani sebarang dokumen yang berkaitan. Apa yang penting sekali adalah memastikan bahawa Nota Lindung telah diserahkan dan pastikan dibawa bersama sepanjang masa perjalanan/pengembaraan.

CONTOH-CONTOH PRODUK TRAVEL INSURANCE DAN TAKAFUL PERJALANAN

Sepengetahuan saya, hampir kesemua syarikat Takaful dan Insurans ada menyediakan pelan untuk produk Travel Insurance dan Takaful Perjalanan ini. Namun disini  saya hanya akan paparkan pelan-pelan yang saya perolehi daripada Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Berhad dan Tokio Marine Insurans (M) Berhad sebagai sumber rujukan awal pembaca sekalian.

1. Syarikat Takaful Ikhlas Berhad





2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad






3. Tokio Marine Insurans (M) Berhad




SEMOGA PEMBACA BEROLEH INFO YANG BERGUNA DARIPADA APA YANG DIKONGSIKAN. SILA SHARE JIKA BERMANFAAT!



3 comments:

  1. Alhamdulilah ..
    Banyak nak kena amik tau ni ..
    terima kasih atas infonya Tuan ..

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIG ATAS INFO NI YA.. BARU TAW HIHIHI

    ReplyDelete